Menteri Besar Kelantan
Menteri Besar Kelantan
February 27, 2025 at 07:23 AM
Selepas sesi taklimat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, saya meneruskan lawatan ke Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II bagi meninjau kilang baharu milik PKINK yang telah siap dibina. Projek ini dibangunkan atas tanah seluas 2.91 ekar dan merangkumi 13 unit kilang baharu, melengkapkan 98 unit kilang sedia ada yang telah disewa sepenuhnya oleh pengusaha tempatan dan luar Kelantan. Pembinaan kilang ini bertujuan menambah ruang perniagaan untuk usahawan Kelantan dan menarik pelabur luar untuk mengembangkan industri di negeri ini. Dengan permintaan yang semakin tinggi, kerajaan negeri melalui PKINK terus komited memperkasakan sektor perindustrian, menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelaburan strategik. https://www.facebook.com/share/p/161QBLiyHL/
Image from Menteri Besar Kelantan: Selepas sesi taklimat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, saya me...
👍 ✈️ ❤️ 6

Comments