
Menteri Besar Kelantan
March 1, 2025 at 07:57 AM
𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡
Firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah ayat 185:
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ
“(𝘔𝘢𝘴𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘸𝘢𝘫𝘪𝘣𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘵𝘶 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩) 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘈𝘭-𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢, 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘦𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯-𝘬𝘦𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘵𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬 𝘥𝘢𝘯 (𝘮𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯) 𝘱𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩. 𝘖𝘭𝘦𝘩 𝘪𝘵𝘶, 𝘴𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘴𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯 (𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪𝘯𝘺𝘢), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶;…”
Bulan Ramadan merupakan anugerah terindah buat seluruh umat Islam. Bulan yang penuh keberkatan ini juga dianggap sebagai sebuah madrasah tarbiah, tazkiah dan maghfirah bagi insan beriman meningkatkan darjah ketakwaan di sisi Allah SWT.
Disamping ibadah puasa yang merupakan ibadah khusus sepanjang sebulan Ramadan, amalan-amalan lain yang mempunyai fadhilat serta kelebihannya hendaklah juga diambil perhatian penting terutama dalam aspek tilawah dan tadabbur al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidayah yang menjadi panduan utama untuk membentuk diri menjadi insan yang bertakwa.
Mencapai darjah ketakwaan khususnya melalui kefarduan puasa di bulan Ramadan ini perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Bagaimana mungkin untuk mendapat suatu kurniaan darjah daripada Yang Maha Esa tanpa usaha yang munasabah, tambahan lagi Allah SWT memasyhurkan bahawa puasa adalah milik-Nya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي
“𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘢𝘮𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘈𝘥𝘢𝘮 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘨𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘩𝘢𝘭𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘱𝘶𝘭𝘶𝘩 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘨𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 700 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘨𝘢𝘯𝘥𝘢. 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘚𝘞𝘛 𝘣𝘦𝘳𝘧𝘪𝘳𝘮𝘢𝘯: 𝘒𝘦𝘤𝘶𝘢𝘭𝘪 𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢, 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘪𝘢 𝘮𝘪𝘭𝘪𝘬 𝘈𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘈𝘬𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘢𝘴𝘯𝘺𝘢. 𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘶𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘧𝘴𝘶 𝘴𝘺𝘢𝘩𝘸𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢-𝘒𝘶.”
Oleh itu, kedatangan Ramadan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran dan penghayatan. Penuhilah hari-hari pada bulan Ramadan dengan dengan melakukan amalan soleh serta memperbanyakkan doa buat diri, keluarga dan yang paling penting berdoa untuk kesejahteraan ummah serta kemenangan buat perjuangan Islam.
Kerajaan negeri Kelantan komited untuk memasyaratkan al-Quran demi kesejahteraan ummah melalui penerusan pelaksanaan tadarus al-Quran di setiap peringkat sepanjang bulan Ramadan, yang kini sudah memasuki tahun ke 33 pelaksanaannya.
Mengangkat tema ‘𝙖𝙡-𝙄𝙨𝙡𝙖𝙝’ menerusi teks tadarus al-Quran siri ke-33 pada tahun ini yang dipetik dari Surah Hud bermula ayat 116-120, diharapkan mesej penting agar ummah bangkit memainkan peranan dalam perjuangan meninggikan syariat Islam dapat dihadam dengan sebaik-baiknya.
Dengan kemuliaan Ramadan, marilah kita rapatkan saf, tautkan ukhuwwah serta perkukuhkan amal untuk memastikan agenda Islah dapat dicapai untuk masa depan Islam yang lebih gemilang di negara kita.
Sempena ketibaan bulan Ramadan 1446H, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak buat seluruh muslimin dan muslimat khususnya kepada rakyat negeri Kelantan. Berazamlah agar Ramadan kali ini lebih bermakna dalam hidup dengan menunaikan ketaataan sepenuh penghayatan dan pengharapan kepada Allah SWT.
Ramadan Kareem.
“PENGHAYATAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
DATO’ PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ HJ MOHD NASSURUDDIN BIN HJ DAUD
Menteri Besar Kelantan
1 Ramadan 1446H

❤️
👍
4