
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 1, 2025 at 11:42 PM
Seusai mesyuarat bersama kepimpinan *UMNO Pulau Pinang di Seberang Jaya, saya terus bergegas ke Pengkalan Hulu, Gerik* apabila menerima mesej daripada *Pak Mail daripada Kg. Gok Yong, Pengkalan Hulu* yang meminta bantuan *kerusi roda* buat anaknya yang ditimpa kemalangan jalanraya mengakibatkan patah kaki. Saya terus ambil masa untuk segera ke sana bagi menyampaikan *bantuan kerusi roda buat anak Pak Mail*.
Sementara waktu di sini, saya juga mengambil peluang *ziarah dan bertanya khabar Haji Manas dan Hajjah Noreha yang baru selesai mengerjakan umrah* di tanah suci.
Kemudian *menziarahi En. Amran Ketua Kg. Kuak Luar yang isterinya menghadapi penyakit strok di Charok Merbau, Kg. Kuak Luar* dan bertanya khabar, *ziarah Abang Khalid Jusoh, Mantan AJK UMNO Bahagian Gerik* di Taman Kroh Indah.
*Semoga Allah permudahkan urusan, berikan kesihatan dan mengangkat segala penyakit buat kita semua*. Semoga ikatan ukhuwah sesama kita ini terus berkekalan.
#gerikdihatiku
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZS63npHjv/
Instagram Reel : https://www.instagram.com/reel/DFjFIiEh1W9/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
❤️
👍
2