
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
565 subscribers
About DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Chairman of Majlis Amanah Rakyat Secretary General of UMNO
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

“*Saya FANS BERAT Dr!” Kata seorang pelajar MRSM Bintulu*. Mula-mula saya pun *tak faham bahasa Sarawak* ini. Rupa-rupanya yang dimaksudkan lebih kurang “*saya peminat utama” Doktor*. Rata-rata pelajar *MRSM Bintulu dan IKM Bintulu* yang ditemui ketika sesi pertemuan dengan mereka kelmarin *tak putus-putus ucap terima kasih lawat mereka*. Dari *tahun lepas lagi ramai pelajar MRSM dan IKM Bintulu yang mesej minta saya #terjah tempat mereka*. Mungkin sebab mereka selalu ikuti perkembangan saya di media sosial terutamanya IG dan Tiktok. Alhamdulillah kebetulan memang direncanakan untuk *buat pertama kali Majlis MARA mengadakan mesyuarat di Sarawak* dan saya pilih untuk diadakan di *MRSM Bintulu sebagai MRSM paling bongsu* dan terindah hasil binaan *Petronas*. *Majlis MARA yang bermesyuarat kelmarin juga telah meluluskan semua permintaan pelajar-pelajar MRSM dan IKM Bintulu* yang antara lain minta ditambah baik padang, lantai dewan berbumbung, capaian internet, fasiliti dan peralatan san mesin teknikal untuk belajar dengan anggaran kira-kira *RM3 juta.* #MerakyatkanMARA #TerjahMRSM #TerjahIKM #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa #MRSMBintulu #IKMBintulu TikTok : https://vt.tiktok.com/ZShGRBkL7/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1FxdKVjtDa/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DJ6ShNpBnPd/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1925124818921521661 WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

Saksikan siaran langsung *Majlis Pelancaran Skuad YPM Peringkat Kebangsaan 2025* yang disempurnakan oleh *Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi* di *Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang*. Jangan lepaskan detik bersejarah ini. Ayuh bersama kami menyemarakkan semangat anak muda Malaysia! #MerakyatkanMARA #MalaysiaMADANI #SKUADYPM Facebook : https://www.facebook.com/share/v/16Q2REfJwz/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

Semalam berkesempatan untuk *terjah ke MRSM Kuala Kubu Bharu*, Hulu Selangor. MRSM ini telah mengharumkan nama MARA dengan *pencapaian cemerlang sebagai MRSM terbaik SPM 2024 dan antara top 10 terbaik dalam Malaysia*. Kejayaan ini adalah bukti hasil kerja keras para pelajar yang istiqamah, berdisiplin, berwawasan serta kesungguhan para guru dan pentadbir yang sentiasa komited dalam mendidik dan membimbing. Saya *amat menghargai semangat dan usaha seluruh warga MRSM KKB* yang tidak pernah mengenal penat lelah demi kejayaan anak bangsa. Saya juga *mengambil maklum balas* secara langsung daripada ibu bapa dan guru berkenaan *isu gangguan monyet* yang mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran, khususnya di kawasan asrama dan bilik darjah. Sebagai tanda prihatin pihak *pengurusan MARA, MARA telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000.00* untuk pemasangan jaring pada tingkap-tingkap di asrama sebagai *langkah perlindungan dan keselamatan pelajar*. Peruntukan ini juga termasuk *pelbagai penambahbaikan prasarana dan kemudahan di bangunan akademik dan asrama* termasuk membaiki tandas, penukaran karpet surau, menambahbaik lantai dewan dan lain-lain. *MARA turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000.00 khusus buat para guru dan pelajar MRSM* bagi apa-apa kegiatan atas menghargai usaha semua yang telah mengharumkan nama MARA dan MRSM Kuala Kubu Bharu. *Tahniah kepada seluruh warga MRSM Kuala Kubu Bharu*. Teruskan kecemerlangan dan jadikan kejayaan ini sebagai inspirasi untuk terus maju. *Semoga MRSM ini kekal menjadi contoh unggul dalam melahirkan modal insan* berkualiti untuk masa depan negara. #MerakyatkanMARA #MARAGemilang #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #WeAreGenMARA Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16bTbcpGqQ/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DJ7rMdmz_eX/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

*Terima kasih Timbalan Menteri YB Mohamad Al-Amin* yang datang ke pejabat saya untuk *berbincang mengenai pelbagai inisiatif MARA di Parlimen Kimanis* dan juga *hal-hal berkaitan dengan Kelab UMNO Luar Negara*. #MerakyatkanMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah #UMNODuluKiniDanSelamanya Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1GBVmCzy9e/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DJ_jZ7Gtwod/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

*Permohonan Pembiayaan MARA* untuk pelajar *Perubatan dan Pergigian ke Universiti Al-Azhar kini dibuka*. Sila daftar di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah Bagi tujuan permohonan melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah (Mesir), pemohon *perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara atas talian di portal Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)* menerusi sistem e-Timur Tengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah selewatnya-lewatnya pada *31 Mei 2025 (Sabtu), jam 5.00 petang*. Disertakan pautan link untuk maklumat permohonan di atas https://online.anyflip.com/shdgj/kwse/mobile/index.html #MerakyatkanMARA #MalaysiaMADANI Instagram : https://www.instagram.com/p/DJ-k5amxlRj/ Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1WPeW2TCMA/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

Malam ini saya berpeluang *berdiskusi secara dalam talian bersama pelajar-pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN)*. Mereka ini adalah anak-anak Malaysia yang sedang menimba ilmu di pelbagai pelusuk dunia. Mendengar sendiri *pandangan, persoalan dan aspirasi mereka* mengingatkan saya bahawa anak-anak muda inilah yang bakal mewarnai masa depan negara. Mereka hadir dengan *pemikiran segar, idealisme tinggi dan keinginan* yang tulus untuk *menyumbang semula kepada tanah air.* Sebagai *Setiausaha Agung UMNO, saya melihat bahawa KULN ini perlu diperkasakan* semula sebagai medan *strategik untuk mencungkil, membentuk dan melahirkan pemimpin muda* yang bukan hanya celik dengan ilmu global, tetapi juga *kuat akar kebangsaan dan jati diri perjuangannya*. Kelab ini *bukan sekadar organisasi perantauan, tetapi tapak semaian bagi bakat kepimpinan masa depan UMNO dan negara*. *Terima kasih* kepada semua yang hadir malam ini. InsyaAllah ini hanyalah permulaan kepada usaha yang lebih besar demi perjuangan agama, bangsa dan negara. #UMNOBangkit #KULN #UMNODuluKiniSelamanya #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19ULT35Wtr/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKFVKCZPVDu/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

Bersama kira-kira *2,100 pelajar Skuad YPM (Yayasan Pelajaran MARA)* daripada seluruh *14 Parlimen Negeri Pahang* di *Majlis Pelancaran Skuad YPM Peringkat Kebangsaan 2025* yang disempurnakan oleh *YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri* di *Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang*. #SkuadYPM #YPMWira #MARAperkasa #HidupBiarBerjasa #MerakyatkanMARA #Pahang1st #HidupKuMilikUmmah TikTok : https://www.tiktok.com/@drasyrafwajdi/video/7508000622621379858/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/19WSeA548e/ Instagram : https://www.instagram.com/reel/DKCZ9ItNm5i/ X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1926266825454604794/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

Selepas seharian di *Kongres Ekonomi Bumiputera*, sambung pula malam tadi menyampaikan *syarahan kepada Batch ke-2 Sekolah Patriotik UMNO* di WTC. Hebat anak-anak muda *pewaris perjuangan UMNO* ini yang datang dari *pelbagai institusi pengajian tinggi* seluruh Malaysia. #UMNOdulukiniselamanya #TradisiMembelaRakyat #HidupKuMilikUmmah #HidupBiarBerjasa Facebook : https://www.facebook.com/share/p/12D99nPv9RX/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DKBK6rguVMZ/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD

*MARA* sasar lebih ramai *pelajar TVET ceburi sektor usahawan*. Melalui program khas *TechnoUsahawan*, *MARA akan sediakan dana pembiayaan, latihan, mentoring dan pemantauan*. Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1Fc8G2Zga9/ WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
