DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 5, 2025 at 07:44 AM
*MARA GERAKKAN AGENDA TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN* Selesai mempengerusikan *Mesyuarat Majlis MARA*. Antara yang dipersetujui untuk digerakkan termasuklah *agenda transformasi pendidikan di bawah 344 institusi pendidikan bawah MARA dipanggail IPMA* termasuklah GiatMARA, MRSM, Institut Kemahiran MARA, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Poly-Tech MARA, German-Malaysia Institute, Malaysia-Jalan Industrial Institute, UniKL dan UPTM. Ini termasuklah untuk terus memastikan *kurikulum dan modul latihan dan pendidikan sentiasa relevan dan memenuhi tuntuan zaman dan industri*. Kualiti pendidikan MARA juga amat terkait dengan *kualiti pendidik dan prasarana* yang disediakan. Untuk itu juga *fasiliti dan prasaran IPMA akan terus diberi keutamaan untuk ditambah baikkan* bagi memberikan keselesaan yang baik kepada para pelajar. InsyaAllah untuk itu juga, *aktiviti ‘TERJAH’ akan terus saya lakukan dari semasa ke semasa* apabila saya turun ke pelbagai program di negeri-negeri bagi memastikan *setiap sen wang rakyat yang diamanahkan dimanfaatkan sebaiknya*. #merakyatkanmara #wearegenmara #hidupbiarberjasa #hidupkumilikummah Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1Gsu6A4LN5/? Instagram : https://www.instagram.com/p/DFrrDGPgxLk/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 3

Comments