DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 6, 2025 at 06:31 AM
*MARA KOMITED MEMBANTU LEBIH RAMAI ANAK-ANAK ORANG ASLI BUMIPUTERA* Tempoh hari saya didatangi *Adik Merry, seorang anak Orang Asli* yang penuh semangat *menuntut ilmu yang datang jauh dari Kuala Rompin bagi bertemu saya di Temerloh* untuk memohon bantuan biasasiswa pendidikan MARA. Hari ini, saya berkesempatan bertemu dengan *YB Datuk Ramli Mohd Nor, Timbalan Speaker Dewan Rakyat* yang juga *Ahli Parlimen Cameron Highlands dan anak Orang Asli pertama* dalam sejarah negara menjadi Ahli Dewan Rakyat di Pejabat MARA. Kami berbincang mengenai usaha *memperkasakan pendidikan dan peluang pembangunan untuk masyarakat Orang Asli*. *MARA* komited *membantu, bukan sahaja dalam negara tetapi juga membuka ruang ke luar negara*. *Pendidikan* adalah *kunci mengubah nasib keluarga dan masa depan*. InsyaAllah, kita akan terus berjuang agar *lebih ramai anak Orang Asli mendapat akses pendidikan yang lebih baik*. #merakyatkanmara #maragemilang TikTok : https://vt.tiktok.com/ZS6E33hVd/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/17fTUsRB3G/? Instagram : https://www.instagram.com/reel/DFuDZLPyuO-/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 3

Comments