DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 7, 2025 at 02:51 AM
*HENTIKAN POLEMIK DAN PERSAINGAN BUAT KENYATAAN BERKENAAN GARIS PANDUAN UNTUK ORANG ISLAM*
Semua pihak harus hormati dan terbuka dengan *garis panduan penglibatan orang Islam di dalam majlis sambutan perayaan atau upacara kematian orang bukan Islam* yang sedang dibangunkan *Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)*.
*Pertama*, Garis Panduan ini penting kepada *umat Islam sebagai suatu asas yang menjadi parameter dan pedoman* bagi memastikan adanya pencerahan mengenai *batasan tertentu dalam apa jua bentuk amalan yang melibatkan perayaan dan ritual agama* agar tidak sampai menjejaskan akidah yang menjadi teras keimanan seseorang.
*Contohnya*: *Tiada masalah menghadiri upacara perayaan sesuatu agama* sebagai manifestasi keharmonian hidup antara agama yang diamalkan selama ini. *Namun, batasan menyertai ibadah ritual tertentu yang boleh menjejaskan akidah* seseorang perlu dijadikan panduan untuk umat Islam.
*Kedua*, Garis Panduan ini juga harus dilihat sebagai suatu yang positif *untuk bukan Islam supaya sensitiviti umat Islam terhadap satu-satu amalan ritual* yang boleh *menjejaskan aqidah dapat difahami dan dihormati*.
*Ketiga*, Garis Panduan ini *bukan bersifat peraturan atau perundangan kerana hanya sebagai pedoman dan pencerahan ilmu* yang bermanfaat buat semua untuk memahami *batasan dan sempadan* dalam menyertai upacara perayaan dan ibadah agama lain.
Justeru, *tidak perlulah isu ini terus dipolemikkan kerana setiap warga Malaysia* mesti *teruskan budaya hormat-menghormati dan bertoleransi dalam mengamalkan agama dan budaya masing-masing* yang selama ini menjadi teras kekuatan dan keunikan Malaysia sebagai negara majmuk.
Buat *pemimpin-pemimpin parti politik* pula terutamanya dikalangan bukan Islam termasuklah DAP, MCA dan GERAKAN yang tampak begitu teruja untuk bersaing dalam mengeluarkan kenyataan, nasihat saya *serahkanlah hal ehwal agama seperti ini kepada pihak berautoriti untuk membahaskannya secara ilmiah*.
*Akhirnya*, semua harus *hormati kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak* dalam menentukan apa jua hal yang berkaitan dengan *hal-ehwal dan kepentingan Agama Islam*.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Setiausaha Agong UMNO
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/18YsTKM4Sb/?mibextid=wwXIfr
Instagram : https://www.instagram.com/p/DFwU0xnS5Me/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍
3