DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 7, 2025 at 12:55 PM
*Alhamdulillah* dapat berita gembira *MAIWP telahpun meluluskan untuk salurkan bantuan RM1 ribu seorang kepada pelajar-pelajar B40* dari Wilayah Persekutuan yg akan daftar masuk *MRSM*. *Menteri Agama* sendiri akan menyampaikan *insentif RM1,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pelajar-pelajar B40 daripada Wilayah Persekutuan* pada 12hb Februari nanti. *InsyaAllah* mudah-mudahan *Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri lain juga dapat menyusuli langkah yang baik* dan amat bermakna buat *anak-anak cemerlang dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan* bagi menampung perbelanjaan awal untuk ke MRSM yang akan mulakan pendaftaran pada 19hb Februari ini. Saya selalu tegaskan *hanya ilmu pengetahuan sahaja yang mampu merubah kehidupan keluarga*. InsyaAllah sebagai *Pengerusi MARA*, saya akan *berusaha untuk membantu seramai mungkin anak2 daripada kalangan miskin dan B40* untuk dibangunkan dan mendapat peluang daripada *ekosistem pendidikan MARA*. #merakyatkanmara Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19h7ZN2U2Z/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 3

Comments