
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 8, 2025 at 07:06 AM
*UMNO LIPIS MERUPAKAN BAHAGIAN KE-69 DALAM SIRI JELAJAH PENCERAHAN ISU-ISU SEMASA BERSAMA AKAR UMBI*
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan untuk bersama keluarga besar *UMNO Bahagian Lipis* dalam *Sesi Pencerahan Isu Semasa yang berlangsung di Dewan Dato’ Omar Othman, Wisma UMNO Lipis, Pahang*.
Lipis menjadi bahagian yang *ke-69 dalam siri jelajah saya ke bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara*. Setiap pertemuan dengan akar umbi amat bermakna bukan sahaja untuk merungkai persoalan yang berlegar dalam kalangan ahli tetapi juga sebagai *platform bertukar pandangan dan memperkukuh hala tuju perjuangan parti*.
Sesi pagi ini berlangsung dalam suasana penuh *keterbukaan dan interaksi yang membina dengan menerima soalan* serta pendapat yang amat baik daripada akar umbi.
*Terima kasih* kepada *YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Lipis* merangkap *Timbalan Menteri Sumber Manusia*, serta seluruh *kepimpinan UMNO Lipis* atas sambutan dan undangan.
*Semoga perjuangan ini terus diberkati dan kita kekal istiqamah* dalam mempertahankan parti keramat UMNO ini demi agama, bangsa, dan negara
#umnobangkit
#umnodulukiniselamanya
#hidupbiarberjasa
#hidupkumilikummah
#bersamaakarumbi
#umnosebuahperjuangan
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/19rGqygrVK/?
Instagram : https://www.instagram.com/p/DFzXfzwB5ag/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍
5