DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
                                
                            
                            
                    
                                
                                
                                February 11, 2025 at 02:44 PM
                               
                            
                        
                            *MARA PERTIMBANG UNTUK TAJA PELAJAR KE UNIVERSITI AL-AZHAR DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI*
Hari ini saya berbesar hati, *Prof. Dr. Salamah Abu Daud, Presiden Universiti Al-Azhar* dan *pengurusan utama Universiti Al-Azhar* sudi menerima kunjungan saya ke Pejabat Presiden Universiti Al-Azhar Mesir bagi *memperkukuhkan hubungan dan kerjasama untuk pelajar Malaysia tajaan MARA* melanjutkan pengajian di universiti berprestij ini.
*Selain bidang pengajian Islam* yang sinonim dengan Al-Azhar, perbincangan kami turut merangkumi *usaha membuka kembali peluang bagi penghantaran pelajar Malaysia dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Pergigian* dengan pengurangan kos yuran pengajian. 
Kami juga telah mengemukakan *permohonan agar pihak universiti dapat mempertimbangkan diskaun yuran khusus bagi pelajar tajaan MARA*, supaya lebih ramai anak Melayu Bumiputera berpeluang menuntut ilmu di bumi anbiya ini dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
*MARA sentiasa komited dalam memastikan akses pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa* dapat dinikmati oleh pelajar Malaysia, khususnya mereka yang berpotensi tinggi tetapi memerlukan sokongan kewangan untuk merealisasikan impian mereka. *Semoga usaha ini membuahkan hasil* yang baik demi membina generasi profesional negara berjiwa *Ulul-Albab* pada masa hadapan.
#merakyatkanmara
#maragemilang
#hidupkumilikummah
#hidupbiarberjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/18KS1bYBaA/?
Instagram : https://www.instagram.com/p/DF76AIkAWmA/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
                        
                    
                    
                    
                    
                    
                                    
                                        
                                            ❤️
                                        
                                    
                                        
                                            👍
                                        
                                    
                                    
                                        4