
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 11, 2025 at 04:17 PM
*MARA SASAR LAHIR LEBIH RAMAI DOKTOR PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI MELAYU-BUMIPUTERA DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI AL-AZHAR*
Alhamdulillah, permintaan saya kepada *Universiti Al-Azhar untuk mendapatkan diskaun yuran pengajian* untuk pelajar Melayu-Bumiputera *di bawah tajaan MARA bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi* disambut baik oleh *Prof Dr. Salamah Abu Daud, Presiden University Al-Azhar*. Beliau ditemani Dr. Mahmoud Siddiq, Vice President of Al-Azhar University for Graduate Studies and Research dan Dr. Abdul Daim, Senior Advisor to Grand Imam of Al-Azhar.
InsyaAllah, saya akan *berbincang dengan YAB Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi* agar permohonan *MARA kelak dapat diangkat ke Majlis Jemaah Menteri* bagi *MARA* memulakan *penghantaran semula pelajar Melayu* mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi di *Universit Al-Azhar*.
InsyaAllah cita-cita dan aspirasi saya untuk *melihat lebih ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera Profesional dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi* dapat dilahirkan pada masa sama punya jati diri dan tasawwur Islam yang kuat berorientasikan Ulul-Albab melalui kerjasama ini.
#mara
#marabersamarakyat
#merakyatkanmara
#hidupkumilikummah
#hidupbiarberjasa
TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSMRhPj7S/
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/1XtmweFMQL/?
Instagram : https://www.instagram.com/reel/DF8EHgfibNu/?
X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1889345615961747839?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍
4