DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 13, 2025 at 12:23 AM
Hari yang padat tetapi penuh bermakna. Seawal pagi, saya *bertolak dari Kaherah menuju ke Iskandariyyah*, menerusi lembah ' ارض الكنانة' yang mengambil masa perjalanan hampir 3 jam, bagi *menziarahi penghuni asrama MARA di Bangunan MARA, Iskandariyyah*. Alhamdulillah, berkesempatan *#terjah melihat sendiri fasiliti yang disediakan untuk anak-anak* kita di sini, menikmati makan tengah hari bersama mereka, terasa erat hubungan seperti keluarga sendiri walaupun baru bersua mata. Seronok melihat *semangat dan kesungguhan pelajar kita sentiasa ceria dan tekun menimba ilmu di bumi anbiya*' ini. Usai lawatan, saya kembali ke Kaherah bagi *sesi ramah mesra bersama lebih 200 pelajar Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah (DMAK)*. Sesi yang cukup *santai dan bermakna, bertukar aspirasi, mendengar sendiri harapan mereka pelajar-pelajar Malaysia* di Mesir. *MARA sentiasa komited memastikan kebajikan serta kecemerlangan anak-anak Malaysia terus terbela*. Mereka inilah bakal pemimpin masa hadapan yang akan *berbakti semula kepada negara demi pembangunan anak bangsa dan masa depan negara* yang lebih maju. #merakyatkanmara #maragemilang Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1FZnPdk6SG/? Instagram : https://www.instagram.com/p/DF_e3IdiD69/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 4

Comments