
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 13, 2025 at 10:18 PM
*MENELUSURI BUMI ANBIYA’ DEMI ASPIRASI ANAK BANGSA*
Dari *Mesir semalam*, hari ini meneruskan musafir ke *Jordan bagi menyantuni anak-anak Malaysia di sini*. Setibanya di Jordan, terus menuju ke *Mu’tah bagi sesi perjumpaan bersama pelajar di Dewan Surairah* serta menziarahi rumah pelajar lelaki.
Saya turut *menziarahi rakan-rakan Allahyarhamah Saudari Nur Ain Nabila Binti Mohd Damin, pelajar Tahun 2 Universiti Mu’tah yang telah kembali ke rahmatullah selepas menunaikan umrah*. Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di bumi anbiya’ ini. *Salam takziah buat keluarga*, semoga Allah SWT merahmati roh beliau.
Di *Mu’tah* ini juga, saya berkesempatan *solat asar dan menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW, Zaid bin Harithah* dan *Ja’far bin Abi Talib*, yang *gugur sebagai panglima* dalam Peperangan Mu’tah, di mana 3,000 tentera Islam menentang 200,000 tentera Rom dan sekutu Arab.
Hari ditutup dengan *pertemuan bersama persatuan pelajar di Amman dan sesi makan malam bersama* mereka. Alhamdulillah, melihat *kesungguhan anak-anak Malaysia menimba ilmu di bumi anbiya’* ini menguatkan tekad saya untuk terus memastikan *kebajikan mereka terpelihara*. Semoga mereka menjadi faqih dalam ilmu agama dan kembali berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
#merakyatkanmara
#maragemilang
Facebook ~ https://www.facebook.com/share/p/161fNQCxTR/?
Instagram ~ https://www.instagram.com/p/DGB35goitas/?
WhatsApp Channel ~ https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel ~ https://t.me/myDAWD
👍
❤️
4