DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 19, 2025 at 02:22 PM
“*SAYA NAK JADI PELAJAR SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT, DR. !”* Itulah jawapan penuh yakin daripada *Adik Darwish* ketika saya bertanya *mengapa ingin masuk ke MRSM Ulul Albab*. Jawapan ringkas tetapi penuh makna ini benar-benar menyentuh hati saya semasa *lawatan terjah ke MRSM Ulul Albab, Sungai Besar (SUBES)* bersempena *pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1* hari ini. Seramai *128 pelajar memulakan perjalanan baharu mereka dalam sistem MRSM Ulul Albab Sungai Besar (SUBES)*, ini adalah satu program pendidikan yang *menggabungkan kecemerlangan akademik dengan hafazan Al-Quran dalam ekosistem MARA*. Namun, yang paling mengharukan saya hari ini bukan sekadar melihat anak-anak ini melangkah masuk ke asrama, tetapi *wajah-wajah ibu bapa yang penuh kegembiraan, syukur dan bangga kerana mencapai impian untuk masuk ke MRSM*. Untuk sesi kemasukan kali ini, *MARA* menerima lebih *100 ribu permohonan*. Namun, *hanya 21,994 pelajar berjaya* *melepasi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)* dan daripada jumlah itu, *hanya 8,909 pelajar mendapat tawaran ke MRSM seluruh negara*. Angka ini jelas menunjukkan betapa *kompetitifnya proses pemilihan dan betapa bertuahnya mereka yang berjaya* hari ini. Kepada para pelajar yang terpilih, *manfaatkan peluang ini sebaiknya*. *Belajarlah dengan tekun, jadilah insan cemerlang* yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara. Selamat maju jaya! #merakyatkanmara #maragemilang Facebook : https://www.facebook.com/share/p/12DQPsbkmi3/? Instagram : https://www.instagram.com/p/DGPnhttSqQL/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 4

Comments