
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 21, 2025 at 07:12 PM
*SEHARIAN DI GERIK: LULUH RASA HATI MELIHAT RUMAH USANG DI TUN SABAN*
Malam ini, hati saya benar-benar tersentuh. Rumah Kak Na sekeluarga di PPMS Tun Saban *bukan sekadar uzur, tapi sudah amat tidak selesa untuk didiami.* Kayu reput dimakan anai-anai, bumbung bocor dan dinding yang hampir roboh. Setiap kali hujan lebat, akan membasahi satu-satunya tempat berteduh mereka sekeluarga. Mereka tidak meminta, tetapi jelas terpancar di wajah mereka harapan untuk hidup yang lebih selesa.
*Insya-Allah, saya akan bawa perkara ini ke perhatian YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk bina baru rumah* agar mereka dapat berteduh dengan selesa.
Bermula pagi tadi, seusai mesyuarat di Putrajaya terus bergegas ke Gerik untuk menyampaikan bantuan *'Program Back To School' tajaan Yayasan Axiata* anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di DUN Temengor dan Pengkalan Hulu.
Alhamdulillah, *seramai 450 orang pelajar di sekitar Parlimen Gerik yang kurang berkemampuan menerima bantuan* set seragam sekolah, alat tulis dan kasut sekolah hasil *sumbangan RM250,000.00 daripada Yayasan Axiata.* Terima kasih Yayasan Axiata atas sumbangan yang begitu bermakna ini.
Diharapkan *bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa* dalam persiapan anak-anak ke sekolah.
Hari ini juga saya sempat makan tengah hari di Kedai Pak Long Md. Nor, menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falah, serta menziarahi penduduk-penduduk yang uzur di Kg. Bandariang, Gerik dan di Taman Seri Kroh. *Didoakan agar semuanya diberikan kesembuhan yang segera.*
Sempat solat maghrib berjemaah dan dijamu makan malam oleh tuan rumah, mantan Tok Ketua Saidin di kediamannya Kampung Bukit Buluh. Dapat bertanya khabar mereka sekeluarga.
*Gerik amat rapat dengan hati saya.* Meluangkan masa hari ini di Gerik bersama penduduk-penduduk di sini benar-benar *memberi kekuatan kepada saya untuk terus berbakti buat rakyat di Parlimen Gerik.*
#gerikdihati
#bersamarakyat
#merakyatkanmara
#hidupbiarberjasa
📱Facebook:
https://www.facebook.com/share/p/1BR3Dnyccz/?
📱Instagram:
https://www.instagram.com/p/DGV0VyuSETo/?
📱WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
📱Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍
4