DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 22, 2025 at 10:08 AM
*PELAJAR MRSM MISKIN DIBANTU* “*Pakcik Muhsin ni separa buta, baru kemalangan dan tak dapat nak bekerja, juga orang kawasan saya. Dia datang mengadu tak mampu nak bayar yuran IGCSE dan perbelanjaan lain untuk anaknya di MRSM*” mengadu *YB Datuk Mohd Asna Adun Lenggeng* kepada saya. Tengahari tadi sesampai di *Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan* untuk program *Kursus Pengurusan UMNO Bahagian Seremban*, saya didatangi YB Datuk Asna yang *membawa pasangan Pakcik Muhsin Abbas dan isterinya* yang datang jauh dari *Ampangan dengan GRAB* semata-mata untuk mohon pertolongan saya perihal *anak perempuannya yang cemerlang dan sudahpun mendaftarkan diri di MRSM Tun Abdul Razak Pekan Pahang* dalam aliran *IGCSE*. Tersentuh hati saya dengan *kecekalan keduanya yang miskin dan sanggup ambil GRAB* jauh ke Rembau dari Ampangan semata-mata untuk jumpa saya. Lebih terharu *semangat kedua ibubapa ini untuk melihat anaknya yang cemerlang dapat meneruskan pengajian di MRSM* walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Sudahlah separa buta kerana masalah kencing manis kronik, baru lepas kemalangan dan tidak dapat bekerja, namun tetap bersungguh-sungguh mahu melihat anak perempuannya berjaya dalam pelajaran. InsyaAllah saya akan masukkan anak beliau dalam *skim BUDI (Bantuan Untuk Pendidikan MARA) bagi pelajar-pelajar miskin* yang berada di *MRSM*. Di bawah *skim BUDI* ini, pelajar-pelajar *MRSM* terpilih akan menerima: 1. *Pengecualian bayaran wang caruman dan yuran* 2. *Bantuan wang saku RM50 sebulan* 3. *Bantuan RM1100 sekali pada setiap tahun* InsyaAllah, *MARA tetap prihatin dan akan memberikan keutamaan membantu* pelajar-pelajar dari kalangan *keluarga miskin* agar tiada yang tercicir daripada arus pendidikan perdana. Saya selalu tegaskan *hanya dengan ilmu sahaja mampu merubah kehidupan keluarga dan masyarakat*. *Terima kasih* juga kepada *YB Datuk Asna* kerana cakna dan melorongkan rakyat susah di kawasannya untuk dibantu saya dan MARA. #merakyatkanmara #hidupkumilikummah #hidupbiarberjasa #umnotradisimembelarakyat TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSMk4tsQ8/ Facebook : https://www.facebook.com/share/v/15q3ahf6h6/? Instagram : https://www.instagram.com/reel/DGXuL17Bt-5/? X : https://x.com/drasyrafwajdi/status/1893238559521362189? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 4

Comments