DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 23, 2025 at 11:02 AM
MARA PUNYA EKOSISTEM LENGKAP BANGUN AGENDA MELAYU BUMIPUTERA Soalan(S): Kadar kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mencapai 94.34 peratus. lebih tinggi daripada kadar nasional. Apakah kriteria graduan IPMA sehingga menjadi rebutan majikan? Jawapan (J): MARA mempunyai ekosistem lengkap untuk membangunkan agenda Melayu Bumiputera, bermula daripada pendidikan sehingga peringkat usahawan dan pelaburan. Mana-mana bangsa yang maju harus bermula dengan pendidikan, namun pendidikan itu harus relevan dengan suasana semasa dan mampu melahirkan nilat ke-mandirian kepada penuntut, bukan kebergantungan. Maknanya, kalau pendidikan kita masih seperti dahulu, melahirkan pelajar bijaksana, tetapi mentaliti masih bergantung kepada kerajaan, bekerja dalam sektor awam dan hanya mahu makan gaji semata-mata, maka itu sudah tidak relevan. Perkara itu mungkin relevan sekitar 20 hingga 30 tahun dulu, yang mana 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan sektor awam. Namun sekarang, 70 hingga 80 peratus KDNK adalah sumbangan sektor swasta. Ini menunjukkan modal insan yang mahu dilahirkan adalah yang mampu menyumbang kepada KDNK daripada sektor swasta. Kalau kita hendak melahirkan doktor, kita perlu ada mentaliti bahawa doktor yang kita lahirkan itu boleh mendirikan atau membuka jaringan klinik masing-masing dan bukan hanya untuk mengisi tempat di hospital awam. Dalam memastikan kebolehpasaran graduan IPMA, MARA juga mengangkat dan memperkasa agenda Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan (3P) Bumiputera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35). 3P memastikan Bumiputera bukan sekadar menjadi peserta atau 'penumpang' dalam bahtera ekonomi negara, bahkan menjadi penggerak utama. Soalan (S): Perancangan MARA untuk pastikan lebih ramai pelajar berpotensi dapat dihantar ke luar negara melanjutkan pengajian? Jawapan (J): MARA mempunyai 344 institusi pendidikan bermula sekolah elit, iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Elit bukan bermaksud untuk orang berada, tetapi kerana ia mengangkat atau merubah ekonomi orang berpendapatan rendah dan sederhana ke bawah. Itu adalah aspirasi awal kenapa MARA ditubuhkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein menegaskan tiada jalan pintas untuk membantu anak bangsa melainkan dengan ilmu pengetahuan. Imu saja yang boleh merubah kehidupan masyarakat. Oleh itu, MRSM bermula dengan memberi ruang dan peluang kepada anak-anak ini untuk mendapat pendidikan yang baik. Sekarang di MRSM kita mempunyai dua jalur iaitu iaitu aliran akademik dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Melalui TVET, kita beri peluang kepada anak Bumiputera memasuki GIATMARA seawal 16 tahun. Dari GIATMARA, boleh sambung ke Institut Kemahiran MARA (IKM) dan sambung ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KPTM) serta masuk universiti tanpa Sijil Pelaja-ran Malaysia (SPM) melalui Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Selepas tamat pengajian, sekiranya ada pelajar TVET yang mahu ke luar negara, kita boleh hantar. Kalau pela-jar memilih jalur akademik, MARA ketika ini memfokus-kan kepada universiti Ivy League terkemuka seperti Cambridge, Oxford dan Harvard. Walaupun kos ke universiti ini lebih mahal, ia lebih bermakna. Dalam perancangan ke arah itu, MARA sudah adakan program khas di MRSM kerana untuk masuk universiti Ivy League, mereka bukan saja melihat akademik, tetapi kokurikulum, potensi diri selain kemahiran menulis esel. Soalan (S): Banyak kursus dan bidang pengajian semakin tidak relevan dengan pa-saran kerja. Bagaimana MARA pastikan penumpuan untuk tajaan pengajian bagi pastikan kebolehpasaran dan kesesuaian dengan permintaan pasaran kerja? Jawapan (J): Semua program MARA akan melihat keperluan negara. Kita sentiasa memastikan tajaan pengajian pelajar sentiasa relevan dengan keperluan industri dan pasaran kerja. Kesemua 344 IPMA menawarkan peluang luas kepada anak-anak Melayu untuk masuk ke bidang yang pelbagai dan diperlukan oleh industri pada masa akan datang. MARA sentiasa melihat kepada dasar negara, apakah bidang strategik pada masa akan datang. Antara langkah strategik diambil adalah penyelarasan dengan industri dan TVET. MARA bekerjasama dengan syarikat, agensi kerajaan dan pihak industri untuk mengenal pasti bidang mempunyai permintaan tinggi. Selain itu, dalam memastikan lebih ramai pelajar dapat dihantar ke luar negara, MARA melakukan kajian pasaran secara berkala terhadap pasaran kerja untuk mengesan trend dan perubahan dalam permintaan tenaga kerja, di samping menggunakan data kebolehpasaran graduan untuk menentukan bidang penga-jian wajar diberi keutamaan dalam tajaan MARA. Soalan (S): Apa lagi strategi MARA dalam aspek pendidikan? Jawapan (J): Kita juga sudah beralih kepada bidang kritikal dan berimpak tinggi, tidak lagi memberi tumpuan kepada bidang perubatan dan undang-undang sahaja. Selain akademik, pelajar tajaan MARA diberi latihan dalam kemahiran insaniah, iaitu komunikasi, kepemimpinan, penyelesaian masalah dan pendedahan kepada kemahiran digital seperti pengaturcaraan, analitik data dan pemasaran digital untuk memastikan mereka kekal relevan dengan keperluan industri moden. MARA turut secara berkala menilai keberkesanan program tajaan dan menyesuaikannya dengan keperluan pasaran semasa Pendekatan ini memasti- kan pelajar tajaan MARA tidak hanya memiliki kelayakan akademik, tetapi juga kemahiran dicari majikan, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri. Soalan (S): Bagaimana MARA menangani isu pelajar tajaan tidak pulang ke Malaysia ? Benarkah negara rugi dalam isu ini atau boleh berbangga apabila graduan Malaysia diterima pasaran dunia? Jawapan (J): Pelajar tajaan MARA dibenarkan bekerja di luar negara dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas menamatkan pengajian di sana. Dasar itu saya perkenalkan sebelum ini kerana ia memberi kebaikan untuk kedua-dua pihak. Apa yang lebih penting adalah pelajar terbabit dapat membayar semula pinjaman kerana lambat laun mereka tetap akan kembali ke negara ini. MARA tidak melarang bekas penuntut tanggungannya bekerja di luar negara, tetapi menekankan kepada tanggungjawab kontrak tajaan dan kepentigan menyumbang kembali kepada negara. Walaupun 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Realiti rakyat Malaysia ini, sejauh mana pun mereka pergi, saya pasti mereka akan kembali semua ke Malaysia. MARA juga menggalakkan jaringan global dalam kalangan alumni yang bekerja di luar negara untuk membawa peluang ilmu, teknologi atau pelaburan ke Malaysia, selain menyumbang tenaga kepada MARA. Malah terdapat program membolehkan alumni menyumbangkan melalui projek, kerjasama akademik atau pemindahan kepakaran. MARA mempunyai 200,000 alumni MRSM, terbesar di Malaysia. Kebanyakan mereka adalah individu sangat berjaya. Selain itu ramai menerima manfaat daripada MARA, yang hari ini buka bengkel dan syarikat. Oleh itu kita manfaatkan semua ini untuk menyumbang kembali kepada MARA. Facebook : https://www.facebook.com/share/p/18i3a9VUFG/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 4

Comments