DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 24, 2025 at 10:10 AM
*IKM KOTA KINABALU, SABAH LAHIRKAN PELAJAR TVET BERKEMAHIRAN BERGAJI PREMIUM* Pagi ini saya berkesempatan melawat *Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu*, sebuah institusi yang terus menjadi pemacu dalam melahirkan tenaga mahir *TVET* yang kompetitif dan berkualiti tinggi terutamanya di Negeri Sabah. *IKM KK* menawarkan *pelbagai program* seperti Diploma Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara, Kompetensi Elektrik (Domestik & Industri) PW4, Kompetensi Elektrik (Kuasa) A1, Teknologi Automotif (4WD), Teknologi Pengemasan & Semburan Cat Kenderaan, serta Teknologi Awam & Struktur (Pemodelan Maklumat Bangunan) dan rata-rata pelajar di sini datang dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Apa yang lebih menarik, *IKM KK menjalinkan hubungan erat dengan industri* bagi memastikan graduan mereka mempunyai *laluan kerjaya yang cerah*. Contohnya, *Program Kerjasama Sijil Kimpalan 6G MARA-Petronas yang berlangsung selama 3 bulan*, memberi peluang kepada peserta untuk terus bekerja dengan gaji permulaan RM2,500-RM3,500. Malah, program ini *terbuka kepada mereka yang tidak memiliki SPM tetapi melalui laluan GiatMARA dalam pensijilan kimpalan*. *Dalam sesi dialog bersama para tenaga pengajar dan pelajar*, kami membincangkan pelbagai cadangan untuk terus *memperkasakan IKM KK sebagai institusi pilihan utama dalam bidang TVET*. Sedikit menyentuh perasaan saya bahawa pelajar-pelajar di IKM ini *kebanyakannya pelajar B40 dan ingin belajar ilmu-ilmu kemahiran ini untuk dapatkan pekerjaan* bagi membantu keluarga di kampung. InsyaAllah, dengan sokongan semua pihak, *IKM akan terus melahirkan graduan berkemahiran tinggi yang mampu menikmati gaji premium* serta menjadi tulang belakang kepada industri TVET negara. #merakyatkanmara #maragemilang Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1DmFcSYQg8/? Instagram : https://www.instagram.com/p/DGcshNiSM23/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 ❤️ 4

Comments