
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 27, 2025 at 04:25 PM
Hari ini saya menerima *kunjungan istimewa rombongan seramai lebih 160* orang pelajar *SPM, STPM dari SMK Tun Saban* serta *Sukarelawan Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM*) lepasan SPM *Parlimen Gerik* ke Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, WTC.
Mereka berpeluang mengikuti *lawatan sambil belajar ke Bangunan Parlimen Malaysia*, mendengar *taklimat mengenai ekosistem pendidikan dan keusahawanan MARA* di Ibu Pejabat MARA, serta berkunjung ke *pejabat saya di WTC*.
Pendedahan seperti ini amat penting untuk *membina kefahaman mereka terhadap sistem pentadbiran negara*, *membuka minda terhadap peluang pendidikan dan keusahawanan* kepada mereka setelah tamat pengajian di sekolah serta menyuntik semangat kepimpinan dalam kalangan anak muda Gerik.
Kita mahu *generasi muda yang cakna, berwawasan dan bersedia meneroka* setiap ruang serta peluang untuk masa depan mereka. Semoga lawatan ini *memberikan manfaat besar kepada mereka semua*. Saya sentiasa membuka ruang seluas-luasnya untuk anak muda bagi meneroka peluang yang ada di MARA ini. *Belajar terus belajar !*
#belajarterusbelajar
#gerikdihatiku
#skuadypm
#hidupbiarberjasa
Facebook : https://www.facebook.com/share/p/15tNAywWz4/?
Instagram : https://www.instagram.com/p/DGk1j5hSeRl/?
WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E
Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
❤️
👍
5