DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
February 28, 2025 at 07:10 AM
*MEMPERKASAKAN PELABURAN BUMIPUTERA: KEJAYAAN PMB INVESTMENT BERHAD & POTENSI PERKENALKAN SEMULA AMANAH SAHAM MARA* Hari ini saya menerima kunjungan *Datuk Mohd Idzwan Izuddin Abdul Rahman, CEO Pelaburan MARA Berhad Investment (PMBI)*, anak syarikat MARA yang berperanan dalam *mengurus dan memperkasa pelaburan strategik* bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Bumiputera dalam pelbagai sektor, termasuk pengurusan dana dan aset kewangan. Alhamdulillah, *kejayaan demi kejayaan terus dicipta*. *PMB Investment Berhad, subsidiari di bawah Pelaburan MARA*, telah merangkul *9 anugerah berprestij di LSEG Lipper Fund Awards 2025 merentasi 5 dana pelaburan utama*. Ini satu pengiktirafan besar terhadap prestasi cemerlang dana-dana patuh syariah yang diuruskan: 🏆*PMB Shariah Dividend Fund* - Equity Malaysia Income (Islamic) 3-years 🏆 *PMB Dana Bestari* - Equity Malaysia Income (Islamic) 5-years 🏆 *PMB Shariah Equity Fund* - Equity Malaysia Diversified (Provident) 3 and 5 years - Equity Malaysia Diversified (Islamic) 3 and 5 years 🏆*PMB Shariah Tactical* - Mixed Asset MYR Flexible (Islamic) 3 and 5 years 🏆*PMB An-Nur Waqf Income Fund* - Mixed Asset MYR Balanced (Islamic) 3-years *Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa pengurusan dana yang strategik dan berlandaskan prinsip syariah* mampu mencipta nilai jangka panjang untuk para pelabur. Dengan pencapaian ini, *MARA melihat potensi besar untuk memperkukuhkan kembali Amanah Saham MARA*, sebagai satu lagi platform pelaburan yang boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Bumiputera. *Syabas kepada pasukan PMB Investment Berhad* atas pencapaian luar biasa ini. *MARA akan terus menyokong dan meneroka peluang baharu* dalam memastikan kekuatan ekonomi Bumiputera terus diperkasa. #merakyatkanmara #maragemilang Facebook : https://www.facebook.com/share/p/16A3atYJhK/? Instagram : https://www.instagram.com/p/DGm4Ba-hqdI/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 2

Comments