DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
March 1, 2025 at 07:28 AM
*HARI INI USIA MARA MENCECAH 59 TAHUN - TERUS PERKASA MEMARTABAT AGENDA BANGSA!* Ketika hangat dibahaskan dalam *Perhimpunan Agong UMNO tahun 1964* *akan keperluan dan desakan para perwakilan UMNO untuk menaik-taraf RIDA (Rural Industrial Development Agency) kepada MARA*, *Timbalan Presiden UMNO pada waktu itu Tun Abdul Razak* menggulung dengan menyatakan komitmennya untuk mengangkat isu *penubuhan MARA ke Kongres Ekonomi Bumiputera kali-1 pada 1965*. Setahun kemudian, *daripada 69 resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera tersebut, salah satunya ialah menubuhkan MARA*. Maka resolusi ini *dibawa ke Parlimen, dibahas, diluluskan* dan akhirnya diwartakan secara *rasmi Akta MARA 1966 pada 1 Mac 1966 hingga lahirnya MAJLIS AMANAT RAKYAT (MARA*). Hari ini genap *59 tahun MARA* terus perkasa untuk *memartabatkan agenda bangsa dan agama* melalui tiga mandat utama *PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN dan PELABURAN*. Di bawah *sektor Pendidikan sahaja MARA* menyediakan ekosistem lengkap untuk anak-anak Melayu-Bumiputera dicanai potensi diri melalui *344 Institusi Pendidikan MARA (IPMA)* termasuklah GIATMARA, MRSM, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Poly-Tech MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej MARA, German-Malaysian Institute (GMI), Malaysian-Japan Industrial Institute (MJII), UPTM dan UniKL. Di samping itu lebih *7,000 pelajar ketika ini sedang dibiayai belajar di lebih 24 buah negara seluruh dunia*. Sektor *keusahawanan juga menyaksikan MARA* memperkenalkan pelbagai *skim pembiayaan kepada usahawan-usahawan* yang mahu mengembangkan, melestarikan mahupun memulakan perniagaan. Malah melalui *inisiatif Gate To Global*, MARA *membantu usahawan Bumiputera menerobos pasaran antarabangsa*. InsyaAllah, *agenda #merakyatkanmara* akan terus disemarakkan agar *misi memartabatkan agenda Melayu-Bumiputera terus diperkasakan*. #merakyatkanmara #maraterusgemilang #hidupbiarberjasa #tradisimembelarakyat #wearegenmara #kamigenmara #genmara Facebook : https://www.facebook.com/share/p/1TGzR6kc3X/ Instagram : https://www.instagram.com/p/DGpJALxuIgG/? WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaXf2cp47XeG6RVS073E Telegram Channel : https://t.me/myDAWD
👍 3

Comments