Karya PiS
Karya PiS
February 10, 2025 at 12:00 PM
🌟 (Bulan Syaaban): Bulan yang mulia, di mana amalan diangkat kepada Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Agung! Daripada Usamah bin Zaid, beliau berkata: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa aku tidak melihat engkau berpuasa dalam mana-mana bulan (selain Ramadan) sebanyak engkau berpuasa dalam bulan Syaaban?” Maka Baginda ﷺ bersabda: “Itu adalah bulan yang sering dilalaikan oleh manusia, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan amalan diangkat kepada Tuhan sekalian alam, dan aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” 📚 Hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani ———•———•——— 🌟 Ibnu Rajab berkata: “Hadis ini menunjukkan galakan untuk memanfaatkan waktu-waktu yang dilalaikan oleh manusia dengan ketaatan, dan bahawa perbuatan itu dicintai oleh Allah.” 📚 Lathaif Al-Ma’arif, Ibnu Rajab Sumber: Telegram الفوائد الإيمانية Follow: t.me/karyapis

Comments