Karya PiS
Karya PiS
February 24, 2025 at 02:26 AM
SOALAN TALHAH DAN JUDUL DWI MAKNA Saya tertarik dengan banyak momen menarik di Baitussalam pagi tadi, iaitu dalam sesi Bicara Karya Kitab Terakhir di Ambang Bara ketika menjawab beberapa persoalan peserta. Antaranya soalan Talhah yang paling menarik perhatian saya apabila beliau bertanya, iaitu ketika program sudah selesai dan semuanya sudah bersiap ingin pulang: "Ustaz, buku ni novel atau kitab?" Balas saya: "Terpulang kepada Talhah, Talhah nak panggil Kitab pun boleh, memang nama tajuknya Kitab Terakhir di Ambang Bara, jadi boleh nak panggil Kitab. Kalau Talhah nak panggil novel atau buku cerita pun tak ada masalah.." Catatan: Semangat Talhah yang banyak bertanya menunjukkan beliau seorang yang cergas, cerdas dan dididik dalam lingkungan budaya ilmu yang baik, dan itulah fitrah kanak-kanak yang sentiasa ingin tahu dan bertanya. Kekeliruan Talhah itu ada asasnya, kerana dari kecil dia melihat saya datang ke Baitussalam mensyarah Kitab, tetapi kali ini saya mensyarah "Novel" atau "Kitab"? Saya bersyukur kerana tajuk yang saya pilih tidak akan memerangkap saya dalam kekeliruan, bahkan ia tajuk yang ada unsur "dual interpretation title" atau "Ambiguous genre title" yang bermaksud judul dwi interpretasi, iaitu judul bersifat dua makna. Jika pembaca seorang pembaca atau peminat kitab pun boleh membaca Kitab Terakhir di Ambang Bara, jika mereka yang dikenali sebagai peminat novel pun boleh membacanya tanpa ada sebarang masalah, kerana saya memang seorang peminat Kitab, pembaca Kitab dan pensyarah Kitab. Judul novel sulung saya pun saya letakkan judulnya dengan Kitab. Saya menyerahkan kepada semua pembaca sama ada melihat buku itu sebagai novel atau sebagai Kitab, ia terpulang kepada tafsiran masing-masing. Semoga Allah sentiasa menjaga Talhah dan menjadikan Talhah sebagai seorang yang berilmu dan penyejuk mata kepada kedua ibu bapanya. Wallahu a’lam. M. FAZ #kitabdiambangbara #kitabterakhirdiambangbara #attheedgeofembers -------------------- 📌 Dapatkan sekarang: Edisi Bhs Melayu: https://my.shp.ee/haxDfE8 English Edition: https://my.shp.ee/LJZqGmf

Comments