Public Gold Malaysia
February 17, 2025 at 01:11 PM
4 PERKARA YANG PASTI BERLAKU DALAM HIDUP ANDA
Berikut adalah 4 perkara yang pasti berlaku dalam hidup anda:
1. Anda akan menjadi tua.
2. Anda akan memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup selepas bersara.
3. Anak anda memerlukan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti.
4. Anda akan mati!
Poin 2 dan 3 melibatkan wang, dan wang yang banyak. Mereka yang menyimpan seciput wang dan sudah tentu mereka yang tidak menyimpan langsung akan merasa beban dan tekanan yang teramat sangat apabila kedua2 poin tadi berlaku – dan ianya pasti akan berlaku (kecuali poin 4 berlaku dahulu!).
Saya mula menyimpan untuk kedua-dua poin tadi sudah lebih 30 tahun. Saya perlu mengaku yang semasa saya mula-mula menyimpan tersebut, saya sendiri pun terasa pelik sebab saya menyimpan wang untuk persaraan walhal waktu itu saya masih berumur 29 tahun – ianya seperti tak masuk akal! Tetapi saya lakukan juga.
Dan hari ini saya rasa amat lega sekali kerana saya mengambil langkah menyimpan dan melabur wang tersebut. Jadi walaupun saya sudah menjadi seorang pesara hari ini, kehidupan saya dan keluarga kekal seperti semasa saya berkerja dahulu i.e. kami tidak perlu mengurangkan apa-apa perbelanjaan.
Situasi ini berlaku bukan kerana saya extra-bijak atau extra-ordinary. Ianya berlaku kerana saya MENYIMPAN DAN MELABUR SECARA KONSISTEN SEJAK 30 TAHUN DULU dan terus menerus MENAMBAH ILMU KEWANGAN DAN PELABURAN.
Sekarang anda tahu ceritanya, apakah yang akan anda lakukan?
Kredit: Tuan Azizi Ali. (Pakar Kewangan Terkemuka Malaysia)