Public Gold Malaysia WhatsApp Channel

Public Gold Malaysia

316 subscribers

About Public Gold Malaysia

Shahril Norazmi PG00190571 adalah Dealer Aktif Public Gold yang telah membimbing hampir 1000 orang penyimpan emas dari seluruh Malaysia, Singapura, & Brunei. Sedia memberi bimbingan emas kepada anda yang berminyak memulakan pelaburan emas fizikal yang dijamin selamat & patuh syariah. Pendaftaran akaun emas secara percuma: Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/13/2025, 9:16:04 AM

Emas Tiada Dividen Tapi Kenapa Orang Tetap Beli? Emas tak beri dividen macam saham. Emas tak beri duit sewa macam rumah. Tapi kenapa masih ramai orang beli emas? Sebab fungsi emas bukan untuk menjana pendapatan. Fungsi utama emas ialah menyimpan nilai dan melindungi kekayaan. Ini fakta: ๐Ÿ‘‰Saham boleh naik tinggi dan boleh jatuh tak naik-naik selamanya. ๐Ÿ‘‰Rumah boleh naik tapi ada juga rumah tak naik dah jatuh kosong. (Highlands Tower) ๐Ÿ‘‰Duit boleh disimpan, tapi nilainya menyusut. Namun, jika kita ada emas, makin lama kita simpan, makin tinggi nilainya. Makin banyak simpan kita ada, makin teguh kewangan kita. Contoh: Jika anda simpan emas 10 tahun lepas, sekarang nilainya dah berganda-ganda. Tanpa dividen pun, emas tetap untung dari segi kenaikan harga. Jadi, walaupun emas tak bagi โ€œhasil bulananโ€, ia bagi kita ketenangan sebab nilainya tak susut macam duit. Anda pegang emas bermaksud anda pegang kekayaan sebenar. Faham sesuatu? Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Post image
โค๏ธ 2
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/13/2025, 5:04:08 AM

Teknik yang telah melingkupkan ramai pelabur emas. Yang untung adalah penjual. *Teknik bayar 20%* Penjual jual emas kepada pembeli bayar 20% daripada harga emas. Kemudian penjual bawa pembeli untuk pajak emas yang dijual kemudian penjual ambil lagi baki 80% hasil pajakan emas tersebut. Kat sini penjual dan settle akad dengan pembeli. Penjual dah untung 100%. Next, pembeli perlu bayar hutang pajakan setiap bulan. Upah simpan minima 1% daripada nilai pajakan. Kalau item emas yang dipajak berharga RM10,000, maka pembeli perlu bayar upah RM100 setiap bulan selama 8 bulan. Kalau dalam tempoh 8 bulan, harga emas naik. Pembeli boleh buat pajakan baru untuk dapatkan profit daripada kenaikan tersebut. Kalau tak naik, pembeli akan rugi RM800 + RM2000++ (20% bayaran deposit beli emas) Ini baru selapis. Ada yang buat pajakan berlapis-lapis semata-mata harapkan keuntungan kenaikan harga emas. Inilah teknik yang telah buatkan ramai pelabur emas tersungkur dan fobia dengan emas. Kalau belum penah rasa rugi kena tipu, boleh cuba. ๐Ÿ˜Š

Post image
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/15/2025, 11:44:08 PM

Harga Emas Public Gold GAP RM509 = 1gram RM255 = 0.5gram RM100 = 0.1965gram Terendah: RM409/g (JAN 2025) Tertinggi: RM533/g (APR 2025) Kemaskini: 16-06-2025

Post image
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/14/2025, 1:14:10 AM

*"Kalau Emas Sangat Penting Melebihi Duit, Kenapa Orang Beli Emas Guna Duit?"* Penyimpan emas wajib hafal jawapan ni, jika tidak, anda akan kena chekmate dengan ejen Pinjaman ASB? Penerangan ini agak panjang, tetapi ia akan bagi kefahaman kepada anda. Ramai yang gunakan point ini untuk berhujah membuat perbandingan antara emas dengan duit. Sebenarnya bukan perbandingan antara emas dengan duit. Emas ialah Emas & Duit ialah duit. Dua perkara yang berbeza. Emas nilainya berdiri sendiri, manakala duit nilainya dijamin oleh sesebuah negara. Emas adalah salah satu pengikat nilai. Dan dalam masa yang sama emas pernah dijadikan sebagai matawang. Ada orang ikat nilai duit dengan Hartanah. Ada orang ikat nilai duit dengan crypto. Ada orang ikat nilai duit dengan emas. Tujuannya hanya untuk pastikan nilainduit itu tak hilang atau susut. Sebab itu, bila berlaku perang atau tidak ketentuan ekonomi, harga emas akan naik. Ramai pelabur besar, jutawan, tukarkan duit mereka kepada emas. Tujuannya untuk mengikat nilai kekayaan mereka. Cara nak tukarkan duit kepada emas sudah tentulah dengan cara "Membeli" emas pada harga semasa ketika itu. Nilai emas tidak tetap, bergantung kepada permintaan dan penawaran. Jika nilai duit lebih rendah, maka nilai emas akan kelihatan lebih mahal. Apabila permintaan emas meningkat, harga emas juga akan meningkat. Persoalan, Kenapa pelabur tak tukarkan kepada tanaman atau ternakan? Jawapannya, kerana tanaman & ternakan ada expired date. Boleh musnah. Emas tiada expired date. Tidak berkarat. Malah, jika hancur sekalipun, emas tetap bernilai dan berharga. Saya bagi contoh lain, Sistem Pertukaran Barangan.(Sistem Barter) Ikan tukar dengan tanaman. Daging tukar dengan beras. Buah tukar dengan ikan. Dalam situasi ini, bagaiman emas menjadi penyimpan nilai? Jawapannya, tak semua petani atau penternak akan simpan bekalan sepenuhnya beras atau haiwan untuk tempoh bertahun-tahun. Tak semua nelayan akan simpan ikan bertan-tan untuk tahan setahun. Mereka akan tukarkan sebahagian kepada emas. Tujuannya untuk melindungi nilai barangan mereka kerana barangan mereka mempunyai susut nilai akibat expired date samada disebabkan kemusnahan, kematian, atau rosak. Duit adalah alat yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk memudahkan penentu nilai sesuatu barang. Jadi, duit tidak terhad kepada kertas atau syiling semata-mata. Duit yang sebenar, ialah sesuatu yang nilainya boleh ditukar dengan sesuatu yang lain. Dan EMAS adalah duit yang sebenar kerana nilainya terletak pada emas itu sendiri. Tidak seperti wang kertas atau syiling, yang mana nilai nya hanya dijamin oleh kerajaan. Jika terkoyak atau rosak, atau bertukar kerajaan , nilainya automatik akan hilang. Jadi, jika anda terjumpa dengan "Pakar Hujah" yang menyoal anda seperti itu. Maka inilah jawapan. *Shahril Norazmi | Abam Trafik* Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/13/2025, 3:34:40 AM

Gais, Analisis harga emas 13/5/2025. Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz). Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran. Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah. Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah. Mengapa Emas Naik? Pelabur cari aset selamat (safe haven) โ€“ Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai. Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400โ€“$3,450, selagi ketegangan belum reda. bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa sederhana dan panjang? Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas. Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan. Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal. Sekian melaporkan.

Post image
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/14/2025, 1:43:04 PM

Analisis harga emas 14/6/2025. Gais, Harga emas hujung minggu ditutup tinggi pada harga 3433.47 USD. Apa sebabnya? Jom saya buat analisis. Pada 14 Jun 2025, dunia dikejutkan dengan serangan balas besar-besaran oleh Iran terhadap Israel, apabila ratusan peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan secara serentak. Serangan ini berlaku selepas Israel melancarkan serangan pra-emptif terhadap kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran. Ini bukan lagi konflik proksi seperti sebelum-sebelum ini. Ia kini telah menjadi konflik terbuka antara dua negara besar di Timur Tengah, dan ia mengundang kebimbangan global akan tercetusnya perang serantau yang lebih luas. Antara aset yang paling ketara menerima kesan adalah emas, yang merupakan tempat perlindungan selamat (safe haven) semasa ketidaktentuan geopolitik. Harga emas melonjak hampir 1.7%, mencecah sekitar USD 3,428 - 3,452/oz, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa. Ramalan harga emas: Sasaran jangka pendek: USD 3,440 โ€“ 3,466/oz Ramalan harga akhir tahun: USD 3,700 Ramalan harga separuh pertama 2026; ia berupaya mencecah USD 4,000 jika ketegangan terus meningkat. Apa maknanya untuk kita sebagai pelabur? Jika anda seorang penyimpan atau pelabur emas, ini adalah waktu yang sangat strategik untuk: โœ… tingkatkan % simpanan anda dalam emas. โœ… Tambah gram dalam portfolio sedia ada. โœ… Bersedia untuk potensi kenaikan harga mendadak sekiranya konflik terus merebak Dalam dunia yang semakin tidak menentu sekarang, emas bukan sekadar pelaburan โ€“ ia adalah perlindungan, kestabilan, dan ketenangan fikiran. Sekian analisis saya. Sila share jika bermanfaat. #NotaEmasSyukorHashim #publicgold

Post image
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/17/2025, 4:56:40 AM

๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž, ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—ง๐—”๐—ž ๐—–๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฃ? ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—•๐—ก๐—ฌ๐—”! Pernah tak anda rasa gaji masuk tiap bulan tapi duit tetap tak cukup? Akhir bulan terpaksa berhutang untuk teruskan hidup. Ramai yang hadapi masalah kewangan sebab tak ada ilmu pengurusan duit yang betul. Ramai yang terperangkap dengan gaya hidup "biar papa asal bergaya". Terlalu ikut budaya YOLO dan FOMO, buatkan kita semua leka berbelanja tanpa fikir panjang. Bila kehendak lebih dari keperluan, tabiat menabung pun jadi zero dan ramai masih amalkan konsep lama "belanja dulu, baru simpan". Akhirnya, ada Simpanan kecemasan? Tak ada. Simpanan setahun gaji? Jauh sekali. Tapi sebenarnya, kita boleh ubah semuanya asalkan mula dengan langkah yang betul. Bila anda kenal Public Gold, ia bukan sekadar platform beli emas tetapi mendidik masyarakat tentang ilmu kewangan yang boleh ubah hidup. Bila sudah tahu cara pengurusan kewangan yang betul, cara fikir dan cara kita urus duit pun berubah 100%. Nafsu membeli lebih terkawal dan kita lebih berhati-hati sebelum buat apa-apa keputusan kewangan. Kita akan utamakan poket, bukan gaya semata. Tak perlu nampak kaya untuk jadi kaya. Biarlah orang pandang biasa, asalkan poket kita luar biasa. Setiap kali dapat gaji, kita akan utamakan simpanan dulu barulah belanja selebihnya. Kita akan ada tabungan yang kukuh sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan bila pengurusan kewangan kita betul. Inilah yang diajar oleh Public Gold, bukan sekadar simpan emas tapi bina masa depan yang lebih stabil. Teruslah konsisten melangkah dengan bijak bersama Public Gold. Anda akan merasakan perbezaan sebelum dan selepas bersama Public Gold sama seperti saya bermula 8 tahun dahulu. Shahril Norazmi PG00190571 Official Dealer Public Gold Official Website: bit.ly/PublicGoldShahrilNorazmi

Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/16/2025, 6:03:21 AM

Apakah kesan jika Iran menutup selat Hormuz? Sebagai penyimpan emas, kita perlu ambil tahu konflik peperangan yang sedang berlaku antara Iran dan Israel. Iran telah memberi amaran akan menutup selat Hormuz. Apakah ia memberi kesan kepada harga emas? Ya, secara dasarnya, harga emas akan naik apabila berlaku krisis perang. Seterusnya, apa yang berlaku sekiranya Iran menutup selat Hormuz. Selat Hormuz adalah laluan perdagangan minyak mentah dunia. 20% minyak dunia melalui selat ini. Jika Iran buat keputusan untuk tutup selat ini, maka harga minyak dunia akan melambung. Kos operasi perniagaan akan meningkat, harga barang akan naik, kos import akan naik, dan inflasi akan naik mendadak. Peperangan yang berlaku akan membuatkan harga emas naik. Dan jika Iran buat keputusan untuk tutup selat Hormuz, maka harga emas akan semakin melonjak disebabkan Inflasi. Inflasi menyebabkan nilai matawang semakin susut. Maka harga emas kelihatan naik, sedangkan wang kertas yang jatuh mendadak. Boleh faham kan, kenapa emas digelar sebagai pengikat nilai matawang? Shahril Norazmi Dealer Aktif Public Gold Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Post image
๐Ÿ‘ 1
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/13/2025, 4:23:12 AM

Harga Emas Public Gold GAP RM506 = 1gram RM253 = 0.5gram RM100 = 0.1976gram Terendah: RM409/g (JAN 2025) Tertinggi: RM533/g (APR 2025) Kemaskini: 13-06-2025 @ 0915 (Revised1)

Post image
Image
Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
6/11/2025, 6:13:18 AM

*Maksud & Formula Kekayaan* Sebelum kita teruskan kepada maksud kekayaan, kita fahami dulu apakah *'Formula Kekayaan'* Formula nak jadi kaya ialah, *Kaya* = *(Tabungan + Harta - Hutang)* Inilah formula ringkas yang sangat senang untuk kita faham bagaimana untuk menuju ke arah kekayaan. Ada tiga kategori yang menentukan dimanakan keberadaan kita sekarang. Adakah semakin dekat atau semakin jauh dengan kekayaan. 1.) Kerja sudah bertahun-tahun. Tiada simpanan, tiada harta, dan tiada hutang. Ini bermaksud anda sedang berlari di tempat yang sama. Jika berlaku kecemasan, anda akan miskin tiba-tiba. 2.) Kerja sudah bertahun-tahun. Tiada tabungan, tiada harta, tetapi hutang semakin bertambah. Ini bermaksud anda sedang menuju ke arah kemiskinan. 3.) Kerja sudah bertahun-tahun. Tabungan makin bertambah, harta makin bertambah, & hutang makin berkurangan. Ini bermaksud anda sedang menuju ke arah kekayaan. Definisi kekayaan ialah, sesuatu yang membantu kita bertahan disaat tiada lagi pendapatan. Semakin lama kita mampu bertahan, semakin besarlah kekayaan. Di Public Gold, semua itu telah disediakan. Nak menabung, kita ada akaun emas. Nak tambah dan gandakan kekayaan, kita ada bisnes. Jika nak bina kekayaan, fokus menabung. Jika nak tambah dan gandakan kekayaan, fokus menabung dan buat bisnes Public Gold. Semuanya ada disini. Oleh sebab itu saya memilih Public Gold. Bermula sebagai penyimpan emas biasa, kemudian menjadi aktif dealer yang mengajar dan membimbing orang ramai tentang simpanan emas. Jika nak belajar menabung emas boleh cari saya. Jika nak belajar buat bisnes dan dapatkan income 4-5 angka pun boleh cari saya. Shahril Norazmi PG00190571 Master Dealer Public Gold Linktr.ee/ShahrilNorazmi

โค๏ธ 1
Link copied to clipboard!