Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
February 18, 2025 at 05:20 AM
*Kisah Benar Perbualan Saya Dengan Rakan.* Saya ada kenalan yang isterinya mula menabung emas. Isterinya beli emas kaedah EPP10 pakej dealer. Sebulan RM1300 selama 10 bulan. Disebabkan isterinya dah membeli emas, dia terpaksa tangguhkan niatnya membeli motosikal kerana perlu fokus pada bayaran emas isterinya sebanyak RM1300 sebulan. Dia cerita pada saya, "Saya hold dulu nak beli motor bang, nak settlekan dulu bayaran emas isteri. Last sampai bulan 7 nanti" "Lepas bulan 7 nanti nak beli motor?" saya tanya. "Tengok la macam mana. Macam sayang pulak duit. Kalau beli emas, lagi berbaloi kot. Haha" balasnya. "Baik, lepas habis EPP bulan 7 nanti, cuba tengok. Dapat tak awak kumpul duit RM1300 sebulan" saya kata pada dia. "Rasanya confirm tak dapat tu. Haha." balas dia ketawa Saya nasihatkan dia, kalau tak memerlukan, tak perlu beli motor. Ya, saya faham motosikal lebih jimat dan lebih cepat terutamanya jika duduk di Kuala Lumpur. Tapi, fokus dulu pada kereta. Langsaikan dulu hutang kereta. Berkorban dulu. Kalau isunya tentang nak cepat pergi kerja, boleh cuba bangun lebih awal. Kalau isunya nak lebih jimat, rasanya kalau beli motosikal akan menambah komitmen kewangan setiap bulan. Alhamdulillah, dia faham. Inilah kesannya kepada penyimpan emas. Dah mula rasa sayangkan duit. Dah mula berkira-kira dalam membuat perbelanjaan. Last ayat dia sebelum kami tamatkan perbualan "Kenapa la saya tak terfikir nak beli emas masa keluarkan simpanan KWSP dulu. Adoi... Menyesal betul rasanya"😅 Saya terus balas sambil bergurau. "Penyimpan emas akan terus rasa menyesal. Menyesal sebab tak simpan emas. Bila dah simpan emas, menyesal sebab tak konsisten dan beli banyak. Bezanya, menyesal yang mana lebih baik?"😆

Comments