Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
February 18, 2025 at 02:19 PM
Mungkin ramai akan terkejut selepas tengok gambar ini. Tahun 2015 dulu, harga emas cuma RM149/gram. Bermakna Goldbar seberat 100gram cuma berharga RM15,000. Hari ni 100 gram emas dah mencecah cecah RM45,000. Kenaikan 200% dalam tempoh 10 tahun. Bermakna purata kenaikan harga emas ialah sebanyak 20% setahun. Cuba bandingkan, pulangan yang mana lebih berbaloi. Dividen ASB = 5% Dividen Tabung Haji= 3% Emas = 20% Pulangan emas 4 kali lebih tinggi daripada ASB dan 7 kali lebih tinggi daripada Tabung Haji. Sebab itulah saya selalu ulang, beli emas tak perlu risau tentang harga. Yang penting berapa banyak gram dah yang kita ada. Asalkan ia adalah duit simpanan jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas. Tak perlu risau pasal inflasi, kemerosotan ringgit atau ketidakstabilan ekonomi dan politik (yang boleh menjejaskan nilai simpanan kekayaan kita) Bayangkan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini emas telah membuat kenaikan sebanyak 200%, daripada RM149/gram kepada RM450/gram. Bagaimana dengan 10 tahun akan datang? Bagaimana dengan 20 tahun akan datang? Jika barang keperluan harian pun naik harga berkali ganda, agaknya emas boleh pergi sampai harga berapa? Saya anggarkan, harga emas boleh mencecah sehingga RM2000/gram pada 20-30 tahun akan datang. Bukan sebab nilai emas yang naik, tetapi disebabkan nilai matawang kita yang merosot. Adakah kita bersedia? Jika dah mula, terus konsisten menabung emas demi masa depan keluarga. Jika belum bermula, fikir-fikirkan sebab anda masih lagi ada masa. Tindakan kita pada hari ini, menentu nasib kita di kemudian hari. *Shahril Norazmi* *PG00190571* *Master Dealer Public Gold* Linktr.ee/ShahrilNorazmi

Comments