Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
February 19, 2025 at 01:19 PM
Sepanjang saya kenal Public Gold, dah macam-macam berita saya dengar ada yang tertipu dengan penjual emas, beli emas puluh ribu tapi emasnya tak dapat langsung. Ada juga yang dijanjikan dividen dari pelaburan emas setiap bulan, namun sedih dividen yang dijanjikan tak dapat,duit yang dilaburkan juga lesap. Saya nak kongsikan beberapa tips penting sebelum kalian nak menyimpan/melabur emas :- 1. Simpan emas tiada dividen/untung bulan2. 2. Pastikan beli emas dari syarikat yang mempunyai reputasi bisnes yang kukuh. 3. Pastikan beli emas dari syarikat yang mempunyai banyak cawangan. 4. Pastikan beli emas dari syarikat yang mempunyai penasihat syariah dan sijil patuh syariah. InshaAllah, jika kalian ikut semua tips-tips diatas nescaya, kalian akan selamat dari sebarang sindiket penipuan emas. 👍 #abamtrafik
👍 1

Comments