Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
February 25, 2025 at 08:00 AM
Mana yang lebih baik, nak simpan duit kertas ataupun emas? Simpan duit, maksudnya kita hanya simpan angka. Walaupun angkanya bertambah setiap tahun dengan pembahagian dividen, lama-lama duit itu hanya sekadar nombor sahaja disebabkan kuasa belinya semakin lama semakin menyusut kerana inflasi bahkan nilainya boleh lenyap terus. Simpan aset seperti emas, perak, tanah, dan rumah, maksudnya kita simpan KUASA BELI. Walaupun harganya naik dalam jangka panjang, selalunya kuasa belinya kekal iaitu tidak bertambah dan tidak berkurang. Jadi, apa sahaja simpanan untuk jangka panjang, aset fizikal seperti emas adalah lebih baik kerana nilai dan kuasa belinya lebih terjamin. Duit kertas lebih sesuai untuk transaksi jangka pendek tetapi bukan untuk simpanan dalam erti kata sebenar. Kalau nak simpan, simpan sekadar cukup untuk hal kecemasan atau untuk digunakan dalam jangka waktu terdekat. Untuk jangka masa panjang, simpan aset fizikal seperti emas. Ia lebih menguntungkan kita pada masa akan datang.

Comments