Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
February 10, 2025 at 06:53 AM
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
SARANAN MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Umum mengetahui bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
2. Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib
3. Seluruh umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan untuk bersama-sama menunaikan solat hajat seterusnya mendoakan KDYMM Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
10 Februari 2025 / 11 Sya’ban 1446 Hijrah