Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  WhatsApp Channel

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

340 subscribers

About Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Whatsapp Channel JAWI adalah medium bagi menyalurkan info berkaitan jabatan dari semasa ke semasa

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/27/2025, 12:07:53 PM

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 7 Jun - Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Sumber: Bernama

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/26/2025, 12:58:02 AM

Orang mukmin yang berjaya sentiasa menganggap hidup adalah rangkaian ibadah dan kehidupan di dunia hanyalah menjadi jambatan menuju ke akhirat. Dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-10, telah dinyatakan ciri-ciri mukmin yang berjaya iaitu: 1. Khusyuk dalam solat 2. Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia. 3. Menunaikan zakat 4. Memelihara kehormatan diri 5. Memelihara amanah dan janji 6. Menjaga solat Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mukmin yang berjaya dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti serta dijauhkan dari azab neraka, Amin Ya Allah. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/27/2025, 11:40:27 PM
Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/27/2025, 11:38:34 PM

Di musim cuti persekolahan ini, pasti ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti termasuk pulang ke kampung atau bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Manfaatkan cuti dengan sebaiknya untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Didoakan semoga dipermudahkan apa jua urusan dan perjalanan lancar serta selamat pergi dan pulang. Inilah antara doa yang elok diamalkan jika kita keluar rumah dan bermusafir. Moga Allah SWT melindungi kita semua dengan izin-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/22/2025, 10:56:22 PM

سلام جمعة، جوم کيت بردعاء دان باڽقكن برصلوات کأتس جونجوڠن بسر نبي محمد ﷺ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #جاوي #سنتياس_دچونتوهي #هاري_جمعة_هاري_جاوي

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/27/2025, 11:40:26 PM

Ini adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah 1446H untuk panduan semua. Selamat beramal. Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ". Maksudnya: “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah SWT berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sekalipun jihad di jalan Allah? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”. [Riwayat al-Tirmizi (688), Abu Daud (2082) dan Ibn Majah (1717)]

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/29/2025, 6:45:14 AM

https://youtu.be/SaoBHrwp9fE?si=E95imtYljfpG4XIM

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/29/2025, 12:09:56 AM

Ya Allah, pada pagi ini kami memohon kepadaMu agar dikurniakan segala kebaikan dan ditempatkan di syurga tertinggi, Amin Ya Allah, Ya Mujibas Sa'ilin. #JAWI #SentiasaDicontohi #Doa #MalaysiaMADANI #PelanAlFalah #KalimahTayyibah

Post image
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/23/2025, 3:13:56 AM

Saya ingin tegaskan bahawa saudara baharu atau mualaf di negara ini tidak pernah dipinggirkan. Pelbagai bentuk bantuan disediakan oleh institusi agama khususnya MAIWP: - Bantuan kewangan bulanan (maksimum RM500-RM1000 sebulan). - Bantuan Keperluan Asasi (Boost) RM300 sebulan. - Bantuan deposit & sewa rumah bulanan (deposit maksimum RM3,000 one-off. Sewa maksimum RM1,000 sebulan). Mengikut data agihan zakat MAIWP setakat Mei 2025, MAIWP telah mendaftarkan seramai 1,098 muallaf berbanding hanya 968 muallaf pada tahun 2024 di Wilayah Persekutuan. Bagi tahun 2025, jumlah agihan adalah sebanyak RM9.3 juta. Ia merangkumi kluster Kebajikan, Pendidikan, Perlindungan, Ekonomi, Perubatan dan Sosial. Agensi-agensi agama sentiasa bersedia untuk menyantuni dan membantu para muallaf serta golongan asnaf yang berada dalam kesulitan. Kita tidak akan membiarkan mereka menghadapi cabaran hidup ini bersendirian. Saya menyeru agar semua saudara baharu berurusan terus dengan kaunter zakat, pejabat agama atau institusi sah. Akhir sekali, saya menyeru kepada agensi zakat, masjid dan para pegawai agama agar sentiasa bersedia dan cakna dengan keperluan mualaf. Kita mesti memastikan mereka sentiasa disantuni, bukan dibiarkan berseorangan dalam meniti kehidupan baru mereka. #MenteriAgama #MadaniBekerja #KerajaanMadani #PelanAlFalah #AlFalah #KalimahTayyibah

Post image
❤️ 1
Image
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
5/22/2025, 6:28:34 AM

https://youtu.be/XkZ42Cz1VCI?si=6unNLdsaYKR6lOmK

Link copied to clipboard!