Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
February 10, 2025 at 07:02 AM
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
1. Saya ingin memaklumkan bahawa masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM iaitu Masjid Negara Malaysia, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama masjid/surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI akan mengadakan Solat Hajat dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 11 Februari 2025 (Selasa)
Masa : Selepas Solat Maghrib
2. Umat Islam adalah diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan bagi mendoakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
10 Februari 2025