Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
February 12, 2025 at 03:03 AM
Kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:
- Mengurangkan berat badan
- Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
- Mengawal stres
Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)
👍
1