Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
February 18, 2025 at 10:46 AM
JAWI Lepaskan 5 Tan Abu al-Quran Ke Laut Alhamdulillah pada hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Pemuliaan Al-Quran bersama beberapa rakan strategik termasuk Istana Negara, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan SWCorp di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) Pelabuhan Klang, Selangor. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh SS Tuan Haji Jamali bin Haji Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan seterusnya majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI. Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Paduka Maharaja Lela, Pengerusi MAIWP & Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Laut Malaysia. Pusat Pemuliaan Al-Quran Darul Kalam JAWI telah memproses 5 tan abu Al-Quran dalam tempoh beberapa tahun yang lepas dan abu-abu tersebut telah selesai dilepaskan ke laut bagi melengkapkan proses pemuliaan Al-Quran pada hari ini. Proses pemuliaan Al-Quran ini telah menggunakan perkhidmatan kapal Polaris hak milik Jabatan Laut Malaysia. Semoga kerjasama JAWI bersama Jabatan Laut Malaysia dan rakan-rakan strategik yang lain ini akan diteruskan lagi di masa hadapan demi memartabatkan al-Quran. #jawi #sentiasadicontohi #malaysiamadani #pelanalfalah #kalimahtayyibah #madanibekerja #jubliemasjawi Facebook: https://www.facebook.com/share/1CcrAqPbYr/ Instagram: https://www.instagram.com/p/DGNaIXozPgg/?igsh=MTRyc2FiNHhhb2Q0Mw==

Comments