Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
February 24, 2025 at 06:43 AM
Tahukah anda JAWI menyediakan servis pengurusan jenazah secara PERCUMA kepada golongan tertentu seperti asnaf, jenazah yang tidak dituntut atau tidak berwaris dan saudara baharu terutamanya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sepanjang tahun 2024, JAWI telah menguruskan sebanyak 154 jenazah (Tidak Berwaris/ Tidak Dituntut/ Asnaf/ Mualaf). Boleh rujuk poster untuk maklumat lanjut. Menguruskan jenazah dengan segera adalah sangat dituntut didalam Islam. “Segerakanlah dengan jenazah. Sekiranya dia merupakan jenazah yang soleh, nescaya dia merupakan suatu kebaikan yang kamu hantarkan ia padanya. Namun sekiranya dia tidak soleh, maka itu suatu keburukan yang kamu pikul di atas bahu-bahu kamu.” [Riwayat al-Bukhari (1315) dan Muslim (944)] #jawi #sentiasadicontohi #malaysiamadani #madanibekerja #pelanalfalah #kalimahtayyibah

Comments