MadaniNomics 🇲🇾
February 13, 2025 at 07:47 AM
“Kemajuan AI seperti DeepSeek dan Qwen mampu merangsang permintaan terhadap pusat data. DeepSeek, misalnya, membawa inovasi disruptif dengan model AI yang lebih cekap tenaga dan kos yang lebih rendah berbanding teknologi sedia ada.
Walaupun AI yang lebih cekap dapat mengurangkan keperluan pusat data berskala besar, kos operasi yang lebih rendah dijangka mempercepatkan penggunaan AI secara meluas. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan pusat data serta merangsang pelaburan dalam sektor ini.”
- Tengku Zafrul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSMe2s48q/
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1888626909006950779?s=46
📍Telegram: https://t.me/madaninomics/1396