MadaniNomics 🇲🇾 WhatsApp Channel

MadaniNomics 🇲🇾

31 subscribers

About MadaniNomics 🇲🇾

Kemaskini ekonomi, politik, dan masyarakat. Ikuti perkembangan terkini dan isu semasa Malaysia 🇲🇾 🌐 Telegram Channel: https://t.me/madaninomics 🌐 https://linktr.ee/madaninomics

Similar Channels

Swipe to see more

Posts

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/18/2025, 12:33:53 PM

*MNNews 🌐 “Tanpa Tenaga Nuklear, Sukar Capai Sifar Bersih 2050” – Akmal Nasir* Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasir menegaskan bahawa Malaysia sukar mencapai sasaran sifar bersih 2050 tanpa mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber ‘base load’ yang bersih dan stabil. Beliau berkata, tenaga nuklear mungkin bukan sumber boleh baharu, tetapi ia adalah antara yang paling bersih dari segi pelepasan karbon dan perlu dipertimbangkan secara serius dalam pelan tenaga negara. _“Persoalannya sekarang ialah dari mana kita mahu dapatkan sumber 'base load' yang bersih dan stabil untuk menggantikan arang batu, minyak dan gas? Realitinya, tanpa tenaga nuklear, kita mungkin tidak mampu mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050,”_ katanya dalam sesi Energy Asia 2025. Turut berkongsi pentas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah menjelaskan bahawa grid kuasa serantau ASEAN akan membuka jalan kepada integrasi tenaga rendah karbon, termasuk tenaga nuklear dari negara jiran. Malaysia, katanya, harus bersedia menilai tenaga nuklear sebagai sebahagian penyelesaian dalam peralihan tenaga nasional. 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1935313416689959137?s=46 📍FB: https://www.facebook.com/share/15hxubBWWc/?mibextid=wwXIfr 📍IG: https://www.instagram.com/p/DLCs8rKJq1y/?igsh=MXVrYmh4NGFqMHgyNA==

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/14/2025, 7:38:50 AM

*KEWANGAN ISLAM PERLU DINILAI SEMULA SELARI DENGAN MAQASID SYARIAH* Beberapa prinsip asas dalam kewangan dan perbankan Islam perlu dinilai semula agar lebih selari dengan maqasid syariah, yang menekankan aspek keadilan, kemampanan dan nilai kemanusiaan. Sistem kewangan Islam tidak boleh hanya menolak riba semata-mata, tetapi juga mesti memastikan prinsip-prinsip moral dan sosial yang adil turut diperkukuh dalam amalan kewangannya. _“Sudah sampai masa kewangan Islam dinilai semula agar selari dengan maqasid syariah yang menekankan keadilan, kemampanan dan nilai kemanusiaan, bukan sekadar menjauhi riba,”_ tegas Anwar Ibrahim. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSkQNgEGy/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1933790744495730832?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/tAx7aj4H5X4?si=MoLjhshmEq7kzjKb 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1BwDpsJTKW/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/16/2025, 3:07:33 AM

*GURU BOLEH MOHON PERTUKARAN LEBIH AWAL MULAI BULAN KE-25 BERTUGAS* Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan inisiatif baharu yang membolehkan guru memohon pertukaran seawal bulan ke-25 bertugas, berbanding tempoh minimum tiga tahun sebelum ini. Menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, langkah ini memberi lebih fleksibiliti kepada guru untuk merancang kerjaya dan kehidupan mereka selepas dua tahun penempatan wajib di stesen terakhir. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSk458Wfg/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1934436749671026902?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/3EWV2eO40IM?si=8ppjKjuVk35-RWJj 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1Bx48DS3be/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/13/2025, 6:11:07 AM

*LIMA INISIATIF UTAMA DIPERKENAL UNTUK PERKASA WANITA DALAM EKSPORT* Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan lima inisiatif utama bagi memperkasa wanita dalam eksport sempena perasmian Forum Women in Export. Inisiatif itu termasuk penubuhan Women Export Incubators yang menyediakan mentor, latihan antarabangsa dan klinik digital, serta pelancaran dana khas melalui Skim Pemerkasaan Wanita Global. Turut diperkenalkan ialah Anugerah Wira Ekonomi Wanita, Program Perdagangan Hijau dan pemerkasaan TVET untuk kemahiran teknikal. _“Usahawan wanita perlu diberikan modal pembiayaan yang lebih besar bagi membantu mereka menembusi pasaran antarabangsa,”_ tegas Zahid. Beliau turut mendedahkan bahawa sejak 2021, sebanyak 1,054 syarikat milik wanita — mewakili 55% daripada jumlah keseluruhan — telah berjaya menembusi pasaran ASEAN, dan angka ini dijangka terus meningkat dengan pelaksanaan program yang lebih menyeluruh dan inklusif. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSk9dFgfY/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1933404680266351102?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/Phyo8blnLuY?si=MmCEj6E4yAZhBY5k 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1Aw4Z1fuoo/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/13/2025, 1:13:04 AM

*SYARIKAT BAS HILANG SEMUA PERMIT DAN LESEN PENGENDALI AKIBAT LANGGAR SYARAT KESELAMATAN* Kerajaan bertindak tegas membatalkan kesemua permit dan lesen pengendali milik sebuah syarikat bas selepas didapati memajakkan permitnya daripada Kedah kepada individu Kelantan dengan bayaran hanya RM500 sebulan serta gagal mengaktifkan sistem GPS kenderaan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan dua pelanggaran ini menjejaskan keselamatan penumpang dan melanggar syarat utama permit kenderaan awam. Menutup ruang rundingan, beliau menegaskan, “Permit syarikat ini serta semua lesen pengendali lain akan dibatalkan serta-merta tanpa sebarang rayuan.” Langkah drastik itu diharap menjadi amaran keras kepada semua pengusaha pengangkutan awam agar mematuhi syarat permit demi keselamatan dan kebajikan pengguna. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSkHQ8ETw/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1933328772666962058?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/goisIV51USo?si=-Na6IAch9j6ZXQOG 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/16hhjHTTky/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
6/12/2025, 3:48:04 AM

*TEKNOLOGI KAWALAN BANJIR JEPUN MAMPU TINGKATKAN KESELAMATAN MAKANAN NEGARA* _“Kalau negara lain boleh majukan pertanian dengan teknologi dan disiplin, Malaysia juga boleh. Kita perlu berani belajar, menyesuaikan dan mara ke depan demi keselamatan makanan negara.”_ – Mohamad Sabu, Menteri Pertanian 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSkm3YhRQ/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1933004674170565052?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/FtTjuG4N0eU?si=PH4H84MM-PgSXUZt 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/16hA4SMt2t/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
5/14/2025, 2:16:06 PM

*FAHMI FADZIL PERTAHAN NURUL IZZAH DARIPADA TUDUHAN NEPOTISME* Fahmi Fadzil menepis tuduhan nepotisme terhadap Nurul Izzah susulan hasratnya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ketika ayahnya masih Presiden parti. “Tuduhan nepotisme itu adalah label yang sangat malas. Ia datang daripada mereka yang hanya tahu menghina seorang wanita yang dah lama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, pegang jawatan Naib Presiden parti, dan digeruni bukan sebab bapanya, tapi sebab prinsip dan pendiriannya sendiri,” katanya. Fahmi menambah, serangan peribadi ini timbul kerana lawan tidak mampu menandingi kekuatan idea yang dibawa oleh Nurul Izzah. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShHmm3xA/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1922654976469565450?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/GNRptXIAo0o?si=kW08qt30KJF71Ao7 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1HedMcYV49/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
5/16/2025, 1:59:48 AM

*ADAM ADLI PERTAHAN PRINSIP ISU PTPTN, TOLAK LAYANAN MENGHUKUM PELAJAR* Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, menjawab kritikan terhadap perubahan pendiriannya dalam isu PTPTN. Menurutnya, demonstrasi dahulu berlaku kerana kerajaan ketika itu mengenakan tindakan keras terhadap peminjam, termasuk menyekat mereka ke luar negara dan memaksa pembayaran hutang di kaunter lapangan terbang. _“Siapa yang tak bayar, tak boleh keluar negara. Sampai mak saya sendiri marah waktu itu,”_ katanya. Adam menegaskan prinsipnya kekal sama — menolak layanan menghukum pelajar yang berhutang untuk belajar. _“Ini bukan soal nak galakkan tak bayar hutang. Ini soal nilai. Kalau dulu saya bersuara di jalan, sekarang saya bersuara di meja rundingan,”_ jelasnya. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShC6xmGy/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1923177555307483550?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/rDaB2Ypdpl4?si=4hcNAw2hp5LNOooF 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/16Nx2BtR8x/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
5/14/2025, 7:40:15 AM

*POLITIK BUKAN SOAL TABUR DUIT, TAPI BINA KEYAKINAN RAKYAT DENGAN JUJUR* _“Politik bukan soal tabur duit, tapi soal membina keyakinan rakyat dengan perancangan yang rapi, jujur dan turun ke bawah bekerja bersama akar umbi. Kepercayaan rakyat datang bila mereka lihat kita konsisten berjuang, bukan hanya ada tatkala berkuasa, tapi juga waktu parti susah, tanpa janji manis atau memberi habuan. Itulah cara sebenar membina gerakan yang kukuh.”_ — Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShuP1NTk/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1922491607867342953?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/UM_h_adNDWo?si=rrLN-YvHDUpyEZ8L 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1YWHq8pTYv/?mibextid=wwXIfr

MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
5/16/2025, 8:52:38 AM

*MNNews 🌐 6 Inisiatif Baharu Kementerian Pendidikan untuk Guru* Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan enam inisiatif baharu untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru ke-54 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. _“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk memperkasakan profesion keguruan dan memberikan lebih banyak peluang kepada guru untuk berkembang dalam kerjaya mereka,”_ menurut beliau. 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1923296438706147540?s=46 📍FB: https://www.facebook.com/share/19aEUJ3ta7/?mibextid=wwXIfr 📍IG: https://www.instagram.com/p/DJtVb4tpI9J/?igsh=dzlhY3d2Ynp1NGUz

Link copied to clipboard!