
MadaniNomics 🇲🇾
February 15, 2025 at 01:08 PM
*MNNews 🌐 Kerajaan Peruntuk RM185 Juta Baik Pulih 358 PPR*
Kerajaan memperuntukkan RM185 juta bagi membaik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara tahun ini.
PM Anwar Ibrahim menegaskan bahawa inisiatif ini adalah keutamaan Kerajaan Madani untuk memastikan kebajikan penghuni PPR, terutama golongan miskin bandar, terus terpelihara.
“Kalau rumah bocor, lif rosak, tandas tak boleh guna, bagaimana nak jadikan rumah sebagai tempat yang selesa? Sebab itu, kerajaan ambil tanggungjawab, tetapi masyarakat juga mesti bersama menjaga kemudahan ini,” katanya.
Selain itu, RM1.2 juta diperuntukkan khusus bagi PPR Lembah Subang 1, dengan fokus membaiki lif yang sering rosak. PM turut mengarahkan KPKT untuk mempercepatkan kerja baik pulih sebelum Ramadan.
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1890165873069211809?s=46