MadaniNomics 🇲🇾
February 16, 2025 at 05:46 PM
*MNNews 🌐 PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya Jadi Model Kerjasama Perumahan Pekerja*
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya akan dijadikan model kerjasama estet-kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja ladang.
Projek ini merupakan hasil rundingan panjang antara kerajaan dan Berjaya Corporation Berhad, yang bersetuju menyerahkan tanah estet untuk pembangunan perumahan pekerja setelah 27 tahun berdepan isu perumahan.
RM75 Juta, 1,250 Penduduk Akan Terima Manfaat
- Dibangunkan atas tanah 8.09 hektar di Ladang Sungai Tinggi.
- 1,200 kaki persegi rumah teres, lengkap 3 bilik tidur & 2 bilik air.
- 1,250 penduduk, termasuk 245 peneroka estet getah, akan mendapat manfaat dalam tempoh 2 tahun.
Anwar menekankan kepentingan rundingan dalam menyelesaikan masalah rakyat serta mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyegerakan kelulusan projek bagi mengelakkan kos tambahan akibat kelewatan.
Kerajaan yakin model PRR Harmoni MADANI boleh diperluaskan ke kawasan lain bagi memastikan pekerja ladang dan golongan B40 mendapat akses perumahan yang lebih baik.
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1891011726298279969?s=46