
MadaniNomics 🇲🇾
February 17, 2025 at 09:59 AM
*MNNews 🌐 Anwar Buat Lawatan Mengejut ke Sekolah, Dengar Keluhan Murid, Ibu Bapa dan Guru*
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuat lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sempena hari pertama sesi persekolahan 2025/2026.
Beliau menekankan bahawa sekolah mesti menjadi tempat yang selamat, selesa dan penuh harapan, di mana guru, ibu bapa dan pemimpin bersama-sama memikul tanggungjawab membentuk masa depan anak bangsa.
Bagi PMX, peranan guru bukan hanya dalam menyampaikan ilmu, tetapi juga dengan kasih sayang, sikap ihsan, contoh teladan dan hikmah dalam mendidik generasi masa depan.
“Pendidikan bukan sekadar buku teks dan peperiksaan, tetapi membina impian, menerjah peluang dan mencorak harapan. Kepada anak-anak yang memulakan sesi persekolahan hari ini, selamat menimba ilmu.” – Anwar Ibrahim
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1891426925526360205?s=46