MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
February 23, 2025 at 11:15 PM
*MNNews 🌐 PJH Belanja Lebih RM106 Juta Naik Taraf Pusat Beli-Belah Alamanda* Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) melabur RM106 juta untuk menaik taraf Pusat Beli-Belah Alamanda, melibatkan lebih 200,000 kaki persegi ruang lantai. Tarikan baharu: • Taman Tema Escape Putrajaya • Panggung wayang • Penambahan lot kedai Projek terbesar sejak pembukaan Alamanda pada 2004 ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. PjH turut merancang membuka hotel baharu, Fraser Residence, hujung tahun ini, menjadikannya hotel ketiga selepas The Everly Hotel dan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, PjH & Pulse Group akan menganjurkan Festival Makanan ASEAN sempena Ramadan. 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1893801211524161695?s=46

Comments