PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
February 22, 2025 at 05:49 AM
https://www.facebook.com/share/p/15qucp58WU/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! Terima kasih Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Yang Berbahagia Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh kerana sudi memberikan pesanan dan motivasi kepada semua mahasiswa UniSZA khasnya yang terlibat dalam pengendalian Terengganu Marathon 2025 yang telah melabuhkan tirai pada 22 Februari 2025. Sesi temubual santai ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga produksi radio internet Pesona fm yang membariskan mahasiswa kelab kesenian UniSZA sebagai tenaga penggerak utama. Yang Berusaha Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA) turut menyertai sesi temubual tersebut. YBhg. Tan Sri Pengerusi ditemani oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti iatu YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil) dan barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA seterusnya sudi meluangkan masa untuk merakam potret kenangan sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni semua mahasiswa yang terlibat. #pkwunisza #hepaunisza #demiunisza #kementerianpendidikantinggi #pesonafm #terengganumarathon2025 #terengganu

Comments