
PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
204 subscribers
About PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
'Channel' ini merupakan salah satu medium rasmi PKW bagi segala hebahan program, aktiviti dan makluman semasa berkaitan Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) UniSZA. Dijemput jua mengikuti medium rasmi PKW yang lain:- FB - https://www.facebook.com/pkwUniSZA IG - https://www.instagram.com/pkwuniszaofficial TIKTOK - https://www.tiktok.com/@pkwuniszaofficial
Similar Channels
Swipe to see more
Posts

https://www.facebook.com/share/1BSgFKfmSQ/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan SK Gong Badak atas kerjasama dan sokongan yang erat bersama Pusat Kesenian dan Warisan dalam menjayakan persembahan tarian cilik sempena Terengganu Marathon 2025 pada 21 Februari 2025 bertempat di Pentas Utama, Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. Pusat Kesenian dan Warisan yang bernaung di bawah Timbalan Naib Canselor (HEPA) amat menghargai minat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak SK Gong Badak (Sekolah Angkat UniSZA) seterusnya memastikan proses kolaboratif UniSZA bersama komuniti sentiasa bergerak maju ke hadapan dalam aspek kesenian. #pkwunisza #hepaunisza #unisza #pesonafm #DemiUniSZA #TerengganuMarathon2025 #terengganu

https://www.facebook.com/share/p/14x6jRqugA/?mibextid=wwXIfr Warga kerja Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) sangat terharu dengan inisiatif wakil semua kelab kesenian yang masih berada di kampus sebelum pulang ke kampung halaman esok atas usaha mereka yang membuat kutipan secara sukarela dan menganjurkan satu majlis makan malam santai dan ringkas dengan menjemput dan meraikan semua staf PKW. Terima kasih anakanda-anakanda kami, ia bukan perihal makan percuma yang kami banggakan. Kami bangga dengan bibit-bibit keberhasilan UniSZA bakal melahirkan lebih ramai āemotionally intelligent leaders!ā Demi UniSZA! #pkwunisza #hepaunisza #pearlunisza #pesonafm #unisza #uniszapastitahu

https://www.facebook.com/share/v/15AWgo5zcD/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! āLeaders aren't born, they are made. And they are made just like anything else, through hard work.ā -Vince Lombardi- āKami melompat gembira diberi peluang oleh Naib Canselor untuk menemuramah beliau pada jam 1 pagiā āVideo ini ambil masa 4 hari untuk kami edit, gementar jika mutu kerja kami mengecewakanā āKami akan belajar setiap panduan melalui temuramah ini, kami akan ingat sampai bila-bilaā Di atas adalah sebahagian kegembiraan yang telah dizahirkan oleh mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian sepanjang melalui pembelajaran bersama komuniti pada hujung minggu yang lepas. š Wakil Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal, Wartawan Najwa Afrina Norhisham telah menemuramah Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Fadzli Bin Adam selaku Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bertempat di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu sempena Terengganu Marathon 2025 pada 21 Februari 2025. Melalui sesi temu ramah ini, YBhg. Prof. Datoā telah menyatakan hasrat Pengurusan Tertinggi UniSZA untuk terus komited berkolaborasi bersama dengan program seumpamanya pada masa akan datang seiring dengan keterujaan YBhg. Prof. Dato. terhadap impak positif program kepada para mahasiswa/i UniSZA yang terlibat. "Karya Legasi Kita" #pkwunisza #hepaunisza #pesonafm #kmspt_unisza #uniszaedumy #uniszapastitahu #ilmudemifaedahinsan #kpt #jpt #DemiUniSZA

https://www.facebook.com/share/p/15v6WXjaPG/?mibextid=wwXIfr Datang beramai-ramai ke Dataran Batu Buruk bagi menyaksikan persembahan khas Qasidah yang dibawakan oleh gabungan mahasiswa UniSZA dan komuniti tahfiz setempat. Terengganu Marathon 2025 bukan hanya sekadar sihat fizikal, terapi minda diutamakan dengan lantunan zikir dan munajat. #pkwunisza #pkwofficial #hepaunisza #DemiUniSZA #TerengganuMarathon2025 #TM25

https://www.facebook.com/share/p/15qucp58WU/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! Terima kasih Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Yang Berbahagia Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh kerana sudi memberikan pesanan dan motivasi kepada semua mahasiswa UniSZA khasnya yang terlibat dalam pengendalian Terengganu Marathon 2025 yang telah melabuhkan tirai pada 22 Februari 2025. Sesi temubual santai ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga produksi radio internet Pesona fm yang membariskan mahasiswa kelab kesenian UniSZA sebagai tenaga penggerak utama. Yang Berusaha Datoā Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff selaku Timbalan Naib Canselor (HEPA) turut menyertai sesi temubual tersebut. YBhg. Tan Sri Pengerusi ditemani oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti iatu YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Datoā Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil) dan barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA seterusnya sudi meluangkan masa untuk merakam potret kenangan sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni semua mahasiswa yang terlibat. #pkwunisza #hepaunisza #DemiUniSZA #kementerianpendidikantinggi #pesonafm #TerengganuMarathon2025 #terengganu

https://www.facebook.com/share/1C3Ggwtfn6/?mibextid=wwXIfr Tahniah Kelab Citra Puisi UniSZA (KeRiSZ)! Seramai dua orang ahli KeRiSZ iaitu Saudara Anas Afiqal bin Osman Jalaluddin dan Zaem Akhtar bin Mohd Yazid telah dijemput membuat persembahan syair bersempena Majlis Apresiasi Citra Akademia Gemilang (CITRA Gem) yang diadakan di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu pada 26 Februari 2025. Persembahan yang disampaikan menggunakan teks āSyair Majlis Ilmuā karya Maestro Syair, Roslan Madun dengan olahan semula dari Ahli KeRiSZ. Syair yang dibawa didendangkan dengan Irama Tok Kenali dan Perindu. Demi UniSZA! Mahasiswa-Mahasiswa Kelab Kesenian siap sedia berbakti! #pkwunisza #hepaunisza #DemiUniSZA #pesonafm #KeRiSZterbangtunduk #MenjulangBudayaMemburuBitara #anggapselesai

https://www.instagram.com/p/DGpPk3JS_y2/?igsh=MWF6dWZsYXN6MTd1OQ== Riuh bergema menghimpun seteru, Irama bangsi mengiring seloka, Pentas GEMALA hikayat diseru, Di citra puisi gelanggang dibuka. GEMALA Citra bakal bertandang. Sekian, terima kasih. Citra Puisi, Julang Tradisi Ikuti Instagram kami untuk titipan berita terkini: instagram.com/gemalacitra25 Junjung kasih atas sokongan dan perhatian. #MenjulangBudayaMemburuBitara #TerbangTunduk #Pantun #GelanggangDibuka #GEMALACitra #PKWUniSZA #PKWofficial #HEPAUniSZA #DemiUniSZA

https://www.facebook.com/share/p/1DTUXbUKx5/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! Kelab Muzik Moden (DeāMahameru) UniSZA telah dijemput membuat persembahan pentas bersempena Majlis Makan Malam Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor HEPA Universiti Awam yang diadakan di Foyer Camelia, Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu pada 25 Februari 2025. Ahli kelab DeāMahameru yang terlibat ialah: Penyanyi -Muhammad Faris Aqashah Bin Muhammad Faizal Gitar Akustik -Alif Mursaliddin Bin Mohd Zuki Gitar Akustik -Khairull Amin Bin Mohamad Yunus Cajon -Muhammad Aniq Zharfan Bin Mazuki Sebanyak lima buah lagu telah dipersembahkan iaitu Gerimis Mengundang (Slam), Saksama (Akim & The Majistret), Bila Diri disayangi (Ukays), Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (flybaits) dan Kau Pergi Jua (Adam Ahmad). Mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian UniSZA siap sedia menabur bakti seterusnya! #pkwunisza #hepaunisza #demahameru #mahamerumuzik #DemiUniSZA #unisza #uniszapastitahu #anggapselesai #pesonafm

https://www.facebook.com/share/v/166NKyKzdF/?mibextid=wwXIfr #Rakaman Penuh# Terima kasih YBhg. Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh selaku Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA (LPU) atas kesudian menitipkan pesanan yang komprehensif mengenai hubung kait mahasiswa berbudaya saing tinggi dalam membentuk daya kepimpinan dan keterampilan mahasiswa dalam segala bidang. Di akhir bicara, YBhg. Tan Sri menyarankan agar Pesona fm digunakan sebaik mungkin sebagai medium penyebaran maklumat baik yang bersifat akademik atau aktiviti semasa mahasiswa. Syabas buat tenaga produksi Pesona fm yang digerakkan oleh mahasiswa kelab kesenian sepenuhnya! Demi UniSZA! #pkwunisza #hepaunisza #unisza #uniszapastitahu #kementerianpendidikantinggi #DemiUniSZA #pesonafm #podcastkalangwarisan

https://www.facebook.com/share/p/14mrRxUoXa/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! Pusat Kesenian dan Warisan menutup tirai persembahan sempena Terengganu Marathon 2025 pada 21 Februari 2025 bertempat di Pentas Utama, Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu dengan menyajikan persembahan khas bakat mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian. Persembahan dimulakan dengan deklamasi puisi (Kelab Citra Puisi), kugiran (DāMahameru) dan dikir barat (Arjuna Warisan). Sokongan penyiaran aktiviti kesenian mahasiswa ini diuruskan okeh Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal (KMSPT) melalui radio internet Pesona fm. š„š„š„š„š„š„ Everywhere we go People want to know Who we are And where we come from So we tell them We're from PEARL Mighty, mighty PEARL *Performing Arts Leadership (PEARL) #pkwunisza #hepaunisza #DemiUniSZA #unisza #TerengganuMarathon2025 #terengganu