PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
PUSAT KESENIAN & WARISAN (PKW)
February 26, 2025 at 11:57 AM
https://www.facebook.com/share/v/15AWgo5zcD/?mibextid=wwXIfr Demi UniSZA! “Leaders aren't born, they are made. And they are made just like anything else, through hard work.” -Vince Lombardi- “Kami melompat gembira diberi peluang oleh Naib Canselor untuk menemuramah beliau pada jam 1 pagi” “Video ini ambil masa 4 hari untuk kami edit, gementar jika mutu kerja kami mengecewakan” “Kami akan belajar setiap panduan melalui temuramah ini, kami akan ingat sampai bila-bila” Di atas adalah sebahagian kegembiraan yang telah dizahirkan oleh mahasiswa-mahasiswa kelab kesenian sepanjang melalui pembelajaran bersama komuniti pada hujung minggu yang lepas. 📌 Wakil Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal, Wartawan Najwa Afrina Norhisham telah menemuramah Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Fadzli Bin Adam selaku Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang bertempat di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu sempena Terengganu Marathon 2025 pada 21 Februari 2025. Melalui sesi temu ramah ini, YBhg. Prof. Dato’ telah menyatakan hasrat Pengurusan Tertinggi UniSZA untuk terus komited berkolaborasi bersama dengan program seumpamanya pada masa akan datang seiring dengan keterujaan YBhg. Prof. Dato. terhadap impak positif program kepada para mahasiswa/i UniSZA yang terlibat. "Karya Legasi Kita" #pkwunisza #hepaunisza #pesonafm #kmspt_unisza #uniszaedumy #uniszapastitahu #ilmudemifaedahinsan #kpt #jpt #demiunisza
❤️ 2

Comments