Syria Kini
Syria Kini
February 11, 2025 at 03:06 AM
Hari ini menandakan ulang tahun ke-13 Syria Care sejak usaha kemanusiaannya mula digerakkan pada tahun 2012 dengan matlamat menyebarluaskan maklumat kepada orang awam mengenai konflik kemanusiaan di Syria. Kemudian, pada 11 Februari 2014, Syria Care telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Tanggal 8 Disember 2024, Syria akhirnya bebas daripada cengkaman kezaliman. Sejak awal revolusi Syria hingga kini, rakyat Malaysia terus bersama-sama dalam perjuangan dan usaha membangunkan semula Syria. Atas amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Syria Care kekal komited dalam menyampaikan bantuan, dan bukti nyata komitmen ini dapat dilihat melalui usaha seperti Projek Perumahan Pelarian Syria: Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, sebuah projek eksklusif jangka panjang yang dibangunkan di al-Bardaqli, Syria. Projek ini mencerminkan keprihatinan rakyat Malaysia di pentas global. Selain menyalurkan bantuan ke Syria, operasi kemanusiaan Syria Care turut diperluaskan ke lapan negara lain, termasuk Malaysia, Palestin, Türkiye, Lubnan, Afghanistan, Yaman, Uganda, dan Maghribi. Syria Care juga menyokong usaha membebaskan al-Aqsa sebagai sebahagian daripada perjuangan kemanusiaan sejagat. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menyumbang selama ini. 🌐 www.syriacare.org.my 𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢. 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶. #syriacare #bangunkansyriademiaqsa #bumisyam #syria #syriacaremedia #syriacareforhumanity #upliftingsoulandhumanity

Comments