MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
May 16, 2025 at 01:59 AM
*ADAM ADLI PERTAHAN PRINSIP ISU PTPTN, TOLAK LAYANAN MENGHUKUM PELAJAR* Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, menjawab kritikan terhadap perubahan pendiriannya dalam isu PTPTN. Menurutnya, demonstrasi dahulu berlaku kerana kerajaan ketika itu mengenakan tindakan keras terhadap peminjam, termasuk menyekat mereka ke luar negara dan memaksa pembayaran hutang di kaunter lapangan terbang. _“Siapa yang tak bayar, tak boleh keluar negara. Sampai mak saya sendiri marah waktu itu,”_ katanya. Adam menegaskan prinsipnya kekal sama — menolak layanan menghukum pelajar yang berhutang untuk belajar. _“Ini bukan soal nak galakkan tak bayar hutang. Ini soal nilai. Kalau dulu saya bersuara di jalan, sekarang saya bersuara di meja rundingan,”_ jelasnya. 📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShC6xmGy/ 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1923177555307483550?s=46 📍YouTube: https://youtube.com/shorts/rDaB2Ypdpl4?si=4hcNAw2hp5LNOooF 📍FB: https://www.facebook.com/share/v/16Nx2BtR8x/?mibextid=wwXIfr

Comments