
MadaniNomics 🇲🇾
May 16, 2025 at 03:53 PM
*6 INISIATIF BAHARU UNTUK WARGA PENDIDIK – FADHLINA SIDEK UMUMKAN PENGHARGAAN SEMPENA HARI GURU KE-54*
Sempena sambutan Hari Guru Ke-54 di BCCK Kuching, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan enam inisiatif utama sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik.
Antara yang paling dinantikan ialah kelonggaran permohonan pertukaran guru, kini boleh dibuat selepas dua tahun berkhidmat tanpa syarat. “_Ini berita gembira yang lama dinanti warga pendidik. Kita tahu betapa pentingnya keseimbangan antara tugasan dan kehidupan keluarga. Dengan kelonggaran ini, kita beri ruang untuk guru bernafas,”_ katanya di hadapan lebih 5,000 guru yang hadir.
Inisiatif lain yang turut diumumkan termasuk:
- Penempatan Pembantu Guru MyPg: 1,470 pembantu guru akan ditempatkan di sekolah terpilih untuk meringankan beban guru.
- Program GIFT: 32 guru cemerlang akan dihantar ke sekolah antarabangsa di UK untuk menimba pengalaman pendidikan global.
- Kursus Jangka Pendek Luar Negara: Guru dan pegawai terpilih akan diberi peluang untuk mengikuti kursus di luar negara dalam bidang tertentu.
- Diskaun Penerbangan: Potongan 20% untuk pembelian tiket penerbangan melalui portal MH GoM, memudahkan pergerakan warga pendidik.
- Diskaun Buku Dalam Talian: Potongan harga sehingga 30% untuk pembelian buku menggunakan ID DELIMa KPM, menggalakkan budaya membaca dalam kalangan guru.
📍Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShCAqkR8/
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1923401706811117780?s=46
📍YouTube: https://youtu.be/yMauHLpcw1Y?si=lFF7ghTb0sCgcrAk
📍FB: https://www.facebook.com/share/v/1HcBKZyKTz/?mibextid=wwXIfr