MadaniNomics 🇲🇾
MadaniNomics 🇲🇾
May 27, 2025 at 07:39 AM
*MNNews 🌐 Feri Ekspres Labuan–Kota Kinabalu Kembali Beroperasi Hari Ini* Perkhidmatan feri ekspres yang menghubungkan Labuan dan Kota Kinabalu kembali beroperasi bermula hari ini selepas terhenti sejak pandemik, kata Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa. Pengoperasian semula ini amat dinanti oleh rakyat yang bergantung kepada laluan itu, termasuk pelajar, pesakit, peniaga kecil dan penjawat awam. Terminal Labuan sudah bersedia, manakala jeti Kota Kinabalu sedang dinaik taraf dengan peruntukan RM1.3 juta daripada Kerajaan Persekutuan. _“Inilah wajah sebenar prinsip MADANI, dasar yang menyentuh langsung keperluan rakyat,”_ ujar Dr Zaliha. 📍X: https://x.com/madaninomics/status/1927265815885176847?s=46 📍FB: https://www.facebook.com/share/p/16YHbDHh3n/?mibextid=wwXIfr 📍IG: https://www.instagram.com/p/DKJiBI1pq9Q/?igsh=bmMwc2t4aWNnejlj

Comments