MadaniNomics 🇲🇾
June 3, 2025 at 12:11 PM
*MNNews 🌐 Kota MADANI Dibangunkan di Putrajaya, Selari Visi Bandar CHASE*
PUTRAJAYA bakal menyaksikan transformasi besar menerusi pembangunan Kota MADANI — projek strategik berkeluasan 102 ekar yang akan mengintegrasikan teknologi AI, prasarana digital cekap, dan sistem mobiliti hijau.
Menteri Wilayah, Dr Zaliha Mustafa, menyatakan bahawa Kota MADANI akan menempatkan lebih 10,000 unit kuarters kediaman untuk kira-kira 30,000 penduduk. Reka bentuknya dibina secara vertikal berintensiti tinggi, sejajar visi Bandar CHASE yang bersih, sihat, selamat dan mesra alam.
“Reka bentuk Kota MADANI ini mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan, prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau. Ia menjadi asas kepada bandar rendah karbon yang menjunjung kemampanan, kesejahteraan dan keselamatan awam,” kata Dr Zaliha.
Projek ini bakal menjadi simbol pemerkasaan dasar ruang bandar baharu yang progresif dan berteraskan nilai MADANI, dengan majlis pecah tanah dijadualkan pada 26 Jun 2025.
📍X: https://x.com/madaninomics/status/1929872307218268591?s=46
📍FB: https://www.facebook.com/share/16hkMTD2Um/?mibextid=wwXIfr
📍IG: https://www.instagram.com/p/DKcCZmDpzD1/?igsh=MTk1bHE0OWs4ZGg5Yw==