MyCommunityNews
MyCommunityNews
May 19, 2025 at 04:41 AM
*19.05.2025 , ISNIN* *TIADA PERUBAHAN DASAR BERHUBUNG PELAKSANAAN BIL TERPERINCI KLINIK SWASTA* Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tiada sebarang perubahan dasar atau pengenalan dasar baharu berhubung pelaksanaan bayaran terperinci oleh klinik swasta, seperti yang didakwa menerusi satu sesi Tiktok Live. Menurut KKM, penyediaan bil terperinci tanpa sebarang caj tambahan oleh klinik swasta adalah wajib jika terdapat permintaan daripada pesakit, seperti yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Penegasan ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan pesakit dalam semua perkara membabitkan aspek kesihatan dilindungi secara adil di bawah nilai MADANI. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/15s5qKmGgb/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DJ0mJg6plRR/?igsh=MXhyb3Y4cHI0azNzZA== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1924322219162993075?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZShqnTUVL/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1570 #mycommunitynews #mcn #kerajaanmadani #madanibekerja #kkm #isubilterperinci

Comments